‘Aunty Guard Viral’ Tersenarai Sebagai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang & Pingat Persekutuan Dari YDPA

Berbuat baik sesama insan sememangnya amalan terpuji dan merupakan tuntutan setiap agama. Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima bantuan tetapi orang yang memberi juga akan merasa kepuasannya.

Malah, amalan ini tidak memerlukan seseorang untuk belajar ke peringkat tertinggi atau mempunyai pekerjaan yang baik untuk berkelakuan sedemikian.

Jika bernasib baik, segala kebaikan yang dibuat pasti akan diberi ganjaran dan membuahkan hasil pada masa hadapan.

Makcik Guard Tular Terima Surat Dari Istana Negara

Gara-gara tular sikap suka menyantuni pesakit dan pelawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, seorang pengawal keselamatan wanita tersenarai sebagai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan daripada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada 19 Disember ini.

Wanita yang dikenali sebagai R Yogeswary itu tidak menyangka akan menerima pengiktirafan sedemikian sepanjang lebih empat tahun perkhidmatannya.

Malah, ibu tunggal yang mempunyai dua cahaya menganggap perkara yang berlaku itu sebagai satu mimpi setelah menerima surat rasmi jemputan istiadat berkenaan pada dua hari yang lalu.

“Rasa syukur, gembira dan terharu bercampur baur membuatkan saya menitiskan air mata. Saya tak sangka, khidmat kecil saya dihargai seluruh negara.

“Sudah tentu penganugerahan ini melonjakkan semangat saya untuk terus mencurahkan bakti kepada masyarakat di sini,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Mahu Terus Beri Bantuan Selagi Dikurniakan Kesihatan Yang Baik

Tambah anak kelahiran Ipoh itu lagi, dia tetap akan terus bekerja dan memberikan perkhidmatan terbaik khusus buat pesakit dan pelawat hospital berkenaan tanpa mengira kaum, agama serta bangsa.

Dia berasa gembira dan selesa kerana dengan bantuannya, itu sudah cukup untuk membuat hatinya tenang.

“Masalah hospital ini apabila susah nak dapatkan parkir, jadi apa saya buat hanya bantu urusan mereka, bawakan barang dan dapatkan tempat letak kenderaan yang mudah dan dekat. Itu sahaja,” katanya.

Ditemani Kakak & Mahu Berpakaian Kebaya Ketika Sesi Istiadat

Tambah Yogeswary lagi, kakaknya akan menemani dirinya ketika sesi penganugerahan istiadat yang akan diadakan di Balairung Seri Istana Negara, Kuala Lumpur pada 19 Disember nanti.

“Saya masih gementar, belum ada persiapan lagi tetapi saya teringin nak pakai baju kebaya. Mungkin dalam dua atau tiga hari lagi saya cari baju kebaya yang bersesuaian,” ujarnya.

Zahir Ucapan Terima Kasih Buat Orang Ramai & Pengurusan HRPB

Dia turut berkongsi berita gembira itu melalui akaun Facebook miliknya. Melalui hantaran tersebut, dia merakamkan ucapan terima kasih buat orang ramai dan pengurusan HRPB yang memberi sokongan kepadanya.

Yogeswary juga turut menyifatkan komen-komen positif yang diterima olehnya terutama dari pesakit dan ibu mengandung yang pernah mendapat bantuan menjadi penyebab penganugerahan tersebut.

The first aunty nak ucapkan ribuan jutaan terima kasih kepada kesemua ….pelawat pelawat yg datang ke HRPB…

Posted by Yoges Wary on Monday, 4 December 2023

Terdahulu, kebaikan Yogeswary mula tular apabila perbuatannya yang membantu pengunjung di Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi HRPB dikongsikan di media sosial hingga turut menjadi perhatian Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Pengawal Keselamatan itu dilihat membantu membukakan pintu kereta, menjaga lalu lintas, menenangkan pesakit serta mengucapkan tahniah buat ibu yang baharu melahirkan anak.

Dek kerana kebaikan yang ditunjukkan, dia kini ditugaskan di Kompleks Rawatan Harian HRPB bagi membantu warga emas dan orang kurang upaya (OKU) sejak enam bulan lalu.

Tular di media sosial kisah seorang wirawati, Puan Yoges Wary (Pengawal Keselamatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun,…

Posted by Dr Zaliha Mustafa on Wednesday, 15 March 2023
Pengawal Keselamatan yang disayangi semua warga Ipoh

#Ipoh Dia tolong carikan parking, dia tolong bawa turun wheelchair dari kereta, dia tolong tolak aku walaupun dah cakap boleh tolak sendiri. Nak balik, dia tolong angkat wheelchair masuk kereta 🥰 Orang Ipoh yang selalu berurusan di HRPB Ipoh kenal tak Aunty Yoges ni? Video: @zafidos

Posted by VIRAL PERAK on Monday, 9 May 2022

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

47 mins ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

57 mins ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

2 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

2 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

3 hours ago