
Konsert Ed Sheeran Pada Februari 2024 Mungkin Diteruskan Di Stadium Nasional Bukit Jalil
Terdahulu, padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjadi perhatian selepas ia didakwa rosak disebabkan konsert Coldplay.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang didakwa rosak disebabkan konsert kumpulan Britain, Coldplay yang diadakan pada November lalu.
Malah perkara itu mula menjadi bualan selepas pemilik Johor Darul Takzim FC (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) memuat naik gambar padang berkenaan di media sosial miliknya.
Namun gambar yang dimuat naik itu tidak meletakkan sebarang kapsyen atau ulasan. Selain itu, menerusi paparan itu juga dapat dilihat padang tersebut kelihatan seperti ‘botak’ di bahagian tengah.
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) November 24, 2023
Lebih mengecewakan isu berkenaan timbul beberapa hari sebelum berlangsungnya perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara JDT dan Terengganu FC (TFC) pada 8 Disember lalu.
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) kemudiannya tampil memohon maaf berhubung perkara tersebut namun ianya disifatkan sudah terlambat kerana kenyataan dikeluarkan tinggal beberapa jam sahaja sebelum perlawanan sepak mula.
Baca artikel berkaitan: Padang Stadium Nasional Bukit Jalil Rosak Gara-Gara Konsert Coldplay?
Konsert Ed Sheeran mungkin akan berlangsung di SNBJ
Terbaharu dijangka konsert artis terkenal antarabangsa, Ed Sheeran di SNBJ pada 24 Februari 2024 mungkin akan diteruskan seperti yang telah dijadualkan.
Ini kerana, semakan Harian Metro di laman sosial golive-asia.com mendapati tiket konsert pelantun lagu ‘Photograph’ itu telah mula dibeli oleh peminat di negara ini sejak ia dibuka pada 25 Oktober lepas dan tiket sesi pertama itu telah habis dijual.
Orang ramai masih lagi boleh membuat pembelian menerusi laman web yang disediakan dan boleh dikatakan konsert penyanyi itu dilihat mendapat sambutan yang meriah di kalangan peminatnya.
Selain Ed Sheeran, konsert +-=÷ x Tour di Asia itu turut menjemput penyanyi undangan antarabangsa iaitu Calum Scott.
Seramai 40,000 peminat bakal banjiri SNBJ pada Februari 2024
Dijangka seramai 40,000 peminat penyanyi itu akan membanjiri SNBJ bagi konsert berkenaan.
Perkara ini sekali gus, membuatkan orang ramai merasakan stadium terbabit sekali lagi akan ‘dilanyak’
Oleh itu, ada yang meminta agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atau Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk membertimpangkan semula penggunaan SNBJ pada Februari dan Mac 2024.
Ini kerana selain konsert Ed Sheeran, SNBJ juga dijangka bakal digunakan untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Oman pada 26 Mac tahun depan, lapor Sinar Harian
Baca artikel berkaitan: