fbpx
Now Reading
Tular Kes Pelanggan Tampar Pekerja Kedai Aksesori Telefon, Polis Buka Kertas Siasatan

Tular Kes Pelanggan Tampar Pekerja Kedai Aksesori Telefon, Polis Buka Kertas Siasatan

Menurut polis, punca pertelingkahan yang berlaku di antara pelanggan lelaki tersebut dengan pekerja wanita itu adalah disebabkan ketidakpuasan hati terhadap servis yang diberikan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (13 Disember), kami ada melaporkan berhubung video tular memaparkan pergaduhan di antara seorang pelanggan lelaki dengan seorang pekerja wanita di premis menjual aksesori telefon di Pagoh, Johor.

Menerusi video tersebut awalnya kelihatan pelanggan itu tidak berpuas hati berkaitan cara screen protector telefonnya dibuka sebelum mengeluarkan kata-kata kesat kepada pekerja kedai berkenaan.

Lelaki lempar kata-kata kesat, baling barang dan tampar pekerja wanita

Selepas mengeluarkan kata kesat, lelaki terbabit turut dilihat membaling barang sebelum bertindak agresif dengan menampar wanita itu.

Kejadian itu kemudiannya menjadi sohor di media sosial sehingga mendatangkan kemarahan di kalangan orang ramai dan meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap pelanggan terbabit.

Baca artikel berkaitan: Pelanggan Tampar Pekerja Kedai Telefon Gara-gara Tak Puas Hati Cara Screen Protector Dibuka [Video]

Polis buka kertas siasatan berhubung kes pelanggan tampar pekerja kedai telefon

Terbaharu, polis memaklumkan pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kes tersebut.

Jelas Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan tanpa senjata.

Kedua-dua individu berkenaan juga telah tampil ke balai polis untuk membuat laporan.

“Polis telah mengambil keterangan kedua-dua belah pihak selepas mereka membuat laporan polis di Balai Polis Muar semalam (13 Disember) kira-kira pukul 1.53 petang.

“Hasil siasatan dari pihak polis mendapati kejadian berlaku pada 12 Disember (Selasa) pada pukul 1.10 tengah hari,” ujarnya, lapor Kosmo.

Punca kejadian tak puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan

Menurut Azman, punca insiden pergaduhan itu berlaku kerana ketidakpuasan hati pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan oleh pekerja wanita tersebut.

Katanya lagi, pelanggan lelaki berkenaan berusia 45 tahun dan pekerja wanita itu pula berusia 24 tahun.

Polis dalam pada itu, mengingatkan kepada orang ramai agar tidak bertindka membuat sebarang spekulasi berhubung video yang tular di media sosial itu sehingga ia boleh menjadi kebimbangan kepada orang ramai.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.