Pergerakan Aliran Air Bawah Tanah Punca Jalan RM7.2 Juta Rosak – Datuk Bandar Ipoh

Baru-baru ini kecoh di media sosial jalan apabila jalan pintas yang menghubungkan Bandar Meru Raya dengan Klebang di Ipoh dilaporkan rosak.

Lebih mencuri tumpuan apabila Jalan Meru Raya-Klebang yang dibina dengan kos RM7.2 juta dikatakan rosak tidak sampai lima bulan selepas dibuka.

Menurut Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Klebang Putra 1, Dr Mohamad Azrul Azly Zarul Fu’ad kondisi jalan itu nyata mengecewakan orang ramai ianya tidak sampai setahun digunakan.

“Saya mula perasan keadaan jalan ini sejak tiga minggu yang lalu. Kita hairan bagaimana begitu cepat jalan itu rosak sedangkan bulan Ogos lepas baharu sahaja dibuka. Kita pun terima banyak rungutan daripada penduduk mengenai keadaan jalan ini.

“Permukaan jalan sebegini boleh mendatangkan risiko kepada pengguna jalan raya yang kebanyakannya daripada taman ini,” katanya dipetik Sinar Harian.

Seorang lagi penduduk, Aby Rofde Shafi turut meluahkan kerisauan memandangkan keadaan jalan itu boleh membahayakan penunggang motosikal terutama jika mereka tidak sempat memperlahankan kenderaan mereka.

Isu ini nyata mengundang rasa tidak puas hati banyak pihak memandangkan ia ketika ini sudah menjadi laluan utama orang ramai di kawasan berdekatan.

Namun dalam masa sama, ada juga netizen yang berpendapat isu ini berlaku kerana jalan berkenaan digunakan oleh kenderaan berat sehingga menjejaskan struktur jalan.

Foto: Sinar Harian

Sudah beberapa kali baiki jalan

Terbaharu semalam (19 Disember) Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menjelaskan kerosakan yang berlaku pada jalan pintas berkenaan berpunca dari pergerakan aliran air bawah tanah di jajaran tersebut.

Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin turapan jalan yang dibuat sebelum ini dikesan gagal menampung beban kenderaan yang menggunakan laluan berkenaan pada bulan September yang lalu.

Namun beberapa tindakan pembaikan sudah pun diambil antaranya pemasanan sistem saliran ‘sub-soil’ di sebahagian jajaran terlibat bagi menyalurkan aliran air bawah tanah ke sistem saliran sedia ada.

Ia diikuti pembaikan kali kedua pada bulan seterusnya iaitu dengan penambahan pemasangan saliran sub-soil di beberapa lokasi lain.

“Bagaimanapun hujan berterusan pada awal bulan ini telah meningkatkan aliran air bawah tanah dan melemahkan sebahagian besar lapisan jalan, sekali gus merosakkan permukaannya,” katanya Rumaizi.

MBI sudah arah konsultan buat kajian lanjut dan pembaikan menyeluruh

Sehubungan itu MBI telah mengarahkan konsultan projek berkenaan untuk melaksanakan kajian lanjut berkaitan isu berkenaan.

Selain itu mereka juga diminta memfokuskan kepada kaedah pembaikan secara menyeluruh.

Tambah Rumaizi lagi MBI berharap pihak kontraktor akan melaksanakan kerja pembaikan semula struktur jalan terlibat dalam tempoh tanggungan kecacatan (Defects Liability Period) iaitu selama 12 bulan.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

20 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago