Tular Penemuan Mayat Tergantung Berdekatan Station LRT Di Klang [Kemaskini]

Sejak semalam (21 Disember), tular di media sosial berkenaan dengan gambar dan video penemuan mayat tergantung di sebuah stesen LRT (aliran transit ringan) yang masih belum beroperasi di Klang.

Video dan gambar tersebut mula tular di media sosial selepas mayat dipercayai wanita itu ditemui penduduk berdekatan kawasan tersebut ketika mereka ingin keluar bekerja di awal pagi hari kejadian.

Foto: Orang awam

Penduduk setempat melihat ambulans dan kawalan polis berdekatan mayat tersebut

Malah, mereka yang keluar bekerja sekitar 7.30 pagi juga turut mendakwa melihat ambulans dan kawalan polis berdekatan jalan utama berhampiran stesen tersebut.

Menurut Utusan Malaysia, gambar yang memaparkan keadaan mayat yang lengkap memakai telekung itu juga telah dimuat naik ke laman Facebook grup komuniti perumahan berkenaan sekaligus menerima pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Ada yang dakwa mangsa merupakan wanita kurang siuman

Terdapat individu yang mendakwa mangsa merupakan wanita kurang siuman yang dikatakan kerap berada di lokasi berkenaan, namun dinafikan individu lain yang menyatakan wajahnya tidak seperti dimaksudkan.

Bagaimanapun, punca kematian mangsa pada waktu ini masih belum diketahui.

Foto: Orang awam

Utusan Malaysia juga sedang mendapatkan maklumat lanjut dan pengesahan daripada pihak polis berhubung kejadian tersebut.

Diharapkan orang ramai pada ketika ini tidak memberi sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut.

[Kemaskini]

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima panggilan Mers 999 berhubung penemuan mayat tersebut di Stesen LRT 3, Sri Andalas pada jam kira-kira 6.10 pagi Khamis lalu (21 Disember).

Menurutnya, siasatan mendapati si mati merupakan wanita gelandangan yang berusia 47 dan tidak mempunyai pekerjaan.

“Hasil siasatan mendapati semasa saksi yang merupakan seorang pengawal keselamatan di Stesen LRT 3 membuat rondaan di kawasan tersebut telah terjumpa seorang wanita di lalua pejalan kaki dalam keadaan gantung diri.

“Pihak ambulans yang tiba di lokasi kejadian telah mengesahkan kematian wanita tersebut,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jumaat lalu (22 Disember).

Menurutnya, mayat wanita itu kemudiannya di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahmah untuk bedah siasat.

“Pegawai perubatan forensik mengesahkan punca kematian adalah disebabkan jerutan pada leher dan tiada kecederaan lain,” katanya.

Berkongsi lanjut, Cha Hoong meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu untuk hadir ke balai polis berhampiran atau hubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

20 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago