Wartawan Hiburan Fiza Kamarudin Meninggal Dunia Di London, Fahmi Fadzil Ucap Takziah

Sebelum ini kesihatan wartawan hiburan, Siti Nor Hafiza Kamarudin telah dilaporkan berada di tahap kritikal di sebuah hospital di London.

Malah suami kepada wartawan terbabit, Mohd Roshdi Ramli memaklumkan tahap kesihatan isterinya merosot selain tekanan darahnya juga rendah.

Menurut Ramli, isterinya menghidap kanser payudara enam tahun lalu, namun kanser itu kembali dan menyerang di bahagian hati.

Kanser tersebut juga dilaporkan telah merebak ke bahagian kepala serta seluruh badan, lapor Bernama.

Wartawan hiburan dilaporkan meninggal dunia di London

Terbaharu, wartawan berusia 40 tahun yang dirawat di Hospital Charing Cross telah dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 3 petang waktu tempatan (London).

Susulan itu Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang menerima perkhabaran tersebut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah.

Perkara itu diucapkan oleh Fahmi menerusi satu hantaran di laman X.

Terima perkhabaran wartawan hiburan meninggal dunia pada malam tadi

Menurut Fahmi, beliau menerima maklumat mengenai keadaan wartawan itu pada petang semalam (28 Disember) sebelum diberitahu sudah meninggal dunia pada malam tadi.

“Baru petang tadi (28 Disember) saya maklumkan tentang saudari Fiza Kamaruddin, wartawan yang kritikal di hospital London.

“Malam ini (28 Disember) saya menerima khabar duka. Beliau (Fiza Kamaruddin) telah meninggal dunia,” ciapnya.

Fahmi dalam masa sama turut berharap agar keluarga arwah tabah menghadapi ujian ini.

“Saya ucapkan takziah buat keluarga Allahyarham Fiza Kamaruddin semoga keluarga Allahyarhamah tabah dengan ujian yang berat ini.”

Alami pendarahan otak kerana sel kanser sudah merebak

Memetik laporan Kosmo, adik kepada Allahyarhamah, Siti Nor Hazlinda, 39, memaklumkan wartawan berkenaan meninggal dunia disebabkan mengalami pendarahan otak kerana sel kanser tersebut sudah merebak ke seluruh anggota badan yang membuatkannya rebah di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, semalam (28 Disember).

Mereka kini sedang membuat perbincangan bersama kedutaan Malaysia yang berada di London untuk membawa jenazah pulang ke negara ini.

Ucap terima kasih kepada semua yang telah membantu

Dia dalam pada itu, turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu dan meminta orang ramai mendoakan kakaknya.

“Kami baru dapat bercakap dengan suami arwah. Keputusan membawa pulang jenazah masih dalam proses perbincangan terutama membabitkan kos. Suami arwah sedang berhubung dengan pihak kedutaan Malaysia di sana.

“Terima kasih kepada semua pihak yang sudah membantu termasuk memberikan sumbangan kepada keluarga arwah. Doakan perjalanan terakhir kakak saya dipermudahkan,” ujarnya.

Recent Posts

  • Trending

“Tiada Common Sense”- Wanita OKU Kecewa Terpaksa Berdiri Lama Kerana Tak Ditawar Tempat Duduk [Video]

Menurut wanita OKU berkenaan, dia kecewa kerana ramai yang tidak peka dengan keadaan sekeliling ketika…

34 mins ago
  • Trending

“Macam Mall” – Influencer Indonesia Kagum Lihat Tandas Awam Di Hentian Lebuh Raya Malaysia Bersih [Video]

Sebelum memasuki tandas, lelaki itu turu menunjukan beberapa kemudahan yang ada di kawasan luar seperti…

1 hour ago
  • Gaya Hidup

ZCOVA Lancar Outlet Pertama Di Lembah Klang & Koleksi Edisi Terhad, “Isla”

Varian Induk Mutiara ditawarkan pada harga RM 4,990 bersih, dan varian Lapis Lazuli pada harga…

1 hour ago
  • Trending

“Sekali Keluar Kena RM5,000” – Wanita Pilih Lelaki Kaya Berbanding Kacak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang dikenali sebagai Mira itu mendakwa, RM5,000 merupakan jumlah minimum yang perlu dibawa oleh…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Mengaku Salah Masak Mi Segera Di Stesen Minyak, 4 Individu Didenda RM500

Empat tertuduh yang mengaku bersalah atas kesalahan memasak mi segera di stesen minyak tersebut turut…

4 hours ago
  • Trending

“Cik Bob Ke ni?” – Tular Lelaki Mirip Cik B Buat Ramai Terhibur [Video]

Di dalam video terbabit, lelaki seiras Cik B itu dilihat mengenakan cermin mata berwarna putih…

4 hours ago