fbpx
Now Reading
Hanya RM500, Perlis Tawar Pelancongan Setanding Hatyai

Hanya RM500, Perlis Tawar Pelancongan Setanding Hatyai

Kerajaan negeri yakin untuk mencapai sasaran 3.5 juta pelancong ke Perlis pada tahun ini berikutan pertambahan bilangan pengunjung dari semasa ke semasa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malaysia sememangnya kaya dengan kepelbagaian budaya dan adat yang mampu menarik minat pelancong baik dalam dan luar negara.

Selain daripada itu, antara faktor utama yang menjadikan Malaysia antara negara pilihan pelancong adalah tempat-tempat menarik, keindahan alam semula jadi dan variasi makanan yang terdapat di setiap negeri.

Namun sejak akhir-akhir ini, kedengaran isu rakyat tempatan yang dikatakan lebih memilih untuk bercuti di Hatyai, Thailand berbanding di semua negeri di Malaysia dek kerana kosnya yang jauh lebih murah dan makanan yang menarik.

Perlis Tawar Pelancongan Dengan Kos Hanya RM500

Terbaharu, hanya dengan RM500 ke bawah, orang ramai boleh berkunjung ke Perlis yang mampu menyaingi Hatyai sebagai destinasi pelancongan yang berbaloi.

Ia ditambah dengan pelbagai lokasi dan pakej menarik bakal ditawarkan buat pengunjung di negeri itu sempena Tahun Melawat Perlis (TMP) 2024-2025 yang bermula pada 1 Januari 2024.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perlis Wan Badariah Wan Saad, Perlis tidak seharusnya dipandang sebelah mata terutama dari segi tawaran pelancongan kerana destinasi sedia ada mampu menarik perhatian baik pelancong tempatan atau luar negara.

“Jika di Hatyai, bajet RM1,000 itu sudah dikatakan cukup. Di Perlis bajet RM1,000 itu sudah cukup mewah, malah dengan hanya RM500 ke bawah pun, pelancong Perlis mampu mendapatkan suatu percutian yang sangat berbaloi serta menarik.

“Penginapan di Perlis ada di bawah RM200 ditambah pula pelbagai sajian makanannya yang murah serta tempat menarik di negeri ini hanya mengenakan caj yang cukup minimum. Pendek kata sambil bercuti, boleh juga berjimat.

“Malah jika hendak mencuba makanan Thailand juga banyak. Jadi Perlis ini ‘tidak lekeh’ berbanding Hatyai atau tempat percutian lain malah tidak perlu pun untuk tukar duit untuk berbelanja di negeri ini,” katanya.

Sasar 3.5 Juta Pelancong Melawat Perlis Tahun 2024

Tambah Wan Badariah lagi, kerajaan negeri yakin untuk mencapai sasaran 3.5 juta pelancong ke negeri itu pada tahun ini berikutan pertambahan bilangan pengunjung dari semasa ke semasa.

“Dalam tempoh dua minggu cuti persekolahan lalu juga, kita menganggarkan lebih 100,000 pengunjung dari dalam dan luar Perlis datang ke negeri ini untuk melancong.

“Dengan perkembangan ini juga tidak mustahil sasaran 3.5 juta yang mahu dicapai kita (kerajaan negeri) bagi tahun ini dan tahun hadapan sempena TMP mampu dicapai dengan lebih cepat dalam tahun ini sahaja,” ujarnya.

Beri Peringatan Kepada Peniaga & Pengusaha Makanan

Dalam pada itu, Exco Hal Ehwal Pengguna dan Kos Sara Hidup Negeri Perlis Razali Saad turut mengingatkan kepada peniaga dan pengusaha makanan di negeri tersebut agar tidak menjadikan Tahun Melawat Perlis 2024-2025 sebagai alasan untuk menaikkan harga makanan terutamanya di kawasan tumpuan seperti Kuala Perlis.

“Kita ada terima aduan berlakunya pencatutan harga terutama makanan di kawasan Kuala Perlis dan sudah pun diambil tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri ini jadi sempena penganjuran TMP 2024-2025 ini kita tidak mahu ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sewenang-wenangnya,” jelasnya.

Untuk info, selain Perlis, antara negeri yang turut melaksanakan Tahun Melawat 2024 (TM2024) adalah Melaka, Perak dan Kelantan.

Baca Artikel Berkaitan: Kemerosotan Pelancong Jejas Status Pulau Langkawi Sebagai Pusat Percutian Popular

Baca Artikel Berkaitan: “Sekali Banyak Jalan Tutup & Tiada Parkir” – Pelancong Luah Rasa Kecewa Bercuti Di Melaka

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.