BDS Antarabangsa Gesa Boikot McDonald’s Diteruskan, Dakwa Tindakan Saman Seperti Membuli BDS Malaysia

Baru-baru ini, kecoh apabila pemegang francais McDonald’s di Malaysia yang dimiliki oleh syarikat Saudi, Lionhorn Pte Ltd telah memfailkan saman terhadap sebuah kumpulan solidariti iaitu Boycott Divestment and Sanctions Malaysia (BDS Malaysia) yang terkenal dengan gerakan yang menyokong keadilan untuk rakyat Palestin.

Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd selaku pemegang lesen McDonald’s di Malaysia mendakwa BDS Malaysia telah membuat kenyataan fitnah hingga mengakibatkan kerugian besar akibat diboikot.

Sehubungan itu, syarikat restoran makanan segera itu telah menuntut ganti rugi melebihi RM6 juta dan menurut McDonald’s Malaysia, ianya dilakukan bagi melindungi hak serta kepentingan mereka mengikut undang-undang.

Baca Artikel Berkaitan: McDonald’s Malaysia’s Move To Sue Boycott Movement Slammed

Sumber: Kompasiana

““Kami sekali lagi menegaskan bahawa McDonald’s Malaysia tidak menyalurkan sebarang jualan, keuntungan, royalti atau yuran francais daripada operasi restoran untuk menyokong mana-mana konflik yang berlaku di dunia.

“Walaupun kami memahami dan menghormati bahawa tindakan memboikot adalah keputusan individu, kami percaya bahawa ia harus berdasarkan fakta sebenar dan bukan dakwaan palsu,” kata McDonald’s Malaysia dalam satu kenyataan.

Walau bagaimanapun, BDS Malaysia menafikan sebarang tindakan memfitnah dan telah memutuskan untuk menyerahkan perkara ini kepada pihak mahkamah.

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan McDonald’s Israel Beri Makanan Percuma Pada Tentera & Warga Penjajah Tidak Cerminkan Nilai McD Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: McDonald’s Malaysia Perjelas Tidak Terlibat Dengan Isu Penindasan Rakyat Palestin


BDS Antarabangsa Kecam Tindakan McDonald’s Malaysia, Dakwa Ia ‘Membuli’ Aktivis Penyokong Palestin

BDS Global dalam satu kenyataan terbaharu mengecam tindakan McDonals’s Malaysia yang menfailkan saman terhadap BDS Malaysia kerana dikatakan memulakan kempen memboikot jenama berkenaan.

Jelasnya perbuatan itu seperti ‘membuli’ BDS Malaysia dan seolah-olah cuba untuk mendiamkan suara solidariti terhadap rakyat Palestin yang disokong oleh rakyat Malaysia.

Tegas BDS Global, Prinsip Panduan PBB mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia menjelaskan bahawa syarikat induk boleh dipertanggungjawabkan kerana gagal menjalankan tugas apabila ada pihak mereka yang terlibat dalam perlanggaran hak asasi manusia.

Tindakan yang dilakukan oleh pemegang francais McDonald’s ini tidak boleh diketepikan daripada undang-undang pengoperasian syarikat di seluruh dunia. Ini kerana McDonald’s Corporation yang mempunyai HQ di Amerika Syarikat perlu bertanggungjawab bagi memastikan pemegang francais mereka tidak terlibat dalam sebarang kelakuan yang merosakkan imej syarikat tersebut.

BDS Global.
Sumber: KL Foodie

BDS Global Lancar Kempen Boikot McDonald’s

Kesal dengan apa yang berlaku, Jawatankuasa Kebangsaan BDS (BNC) menerusi BDS Global telah menyeru agar kempen boikot McDonald’s di seluruh dunia dipertingkatkan dan diteruskan sehingga:

  • McDonald’s menamatkan perjanjiannya dengan pemegang francais Israel atas sokongannya terhadap jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai.
  • McDonald’s menamatkan perjanjiannya dengan pemegang francais Malaysia, melainkan jika mereka membatalkan tuntutan mahkamah terhadap BDS Malaysia dan memohon maaf kerana memburuk-burukkan kumpulan dan pemimpinnya.

Tindakan McDonald’s Israel Beri Makanan Percuma Kepada IDF Undang Kecaman Masyarakat Dunia

Terdahulu, isu boikot terhadap McDonald’s ini semakin hangat diperkatakan selepas cawangan restoran makanan segera ini di Israel berkenaan dilihat membekalkan makanan secara percuma kepada IDF semasa melakukan serangan kepada lebih 2.3 juta rakyat Palestin.

Perkara ini telah mendorong gabungan sokongan Palestin terbesar yang mengetuai BDS Global iaitu BNC untuk terus menyokong kempen memboikot di seluruh dunia.

Pada masa yang sama, usaha ini menyasarkan syarikat McDonald’s untuk menamatkan sokongan mereka dalam jenayah pembunuhan terhadap rakyat Palestin.

Recent Posts

  • Trending

“Terima Kasih Atas Teguran” – Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Beberapa Jenama Antarabangsa

Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus…

33 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

18 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

18 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

18 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

19 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

19 hours ago