Tular Video ‘Zikir Menari’ Di TikTok, Exco Selangor Minta JAIS Buat Siasatan

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video memaparkan sekumpulan lelaki serta perempuan yang dipercayai berada di sebuah majlis ilmu sedang berselawat sambil menari.

Menerusi video tersebut, awalnya kelihatan beberapa individu berada di pentas yang mengetuai bacaan selawat sebelum diikuti oleh kumpulan lelaki serta wanita yang berada di bahagian bawah.

Mereka berzikir sambil menari dengan mengoyangkan kepala serta tangan ke kiri dan ke kanan.

Difahamkan video yang dirakam di sebuah daerah di Selangor itu dimuat naik selepas seorang pengguna laman X berkongsikan satu rakaman serupa namun di lokasi dan majlis yang berbeza.

JAIS diminta buat siasatan berhubung ‘zikir menari’ yang tular di media sosial

Susulan daripada penularan video terbabit, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diminta untuk melakukan siasatan berhubung kejadian yang dipercayai berlaku di negeri tersebut.

Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Dr Mohamad Fahmi Ngah siasatan hendaklah dibuat untuk melihat sama ada program terbabit mempunyai sebarang amalan mahupun elemen pemujaan yang menyalahi syarak.

“JAIS sewajarnya menyiasat sama ada perkara itu berlaku atau tidak dan jika ada elemen-elemen bertentangan dengan syarak, maka ia memang tidak patut dibenarkan, dan diambil tindakan tegas,” ujarnya, dipetik Sinar Harian.

Tak ada maklumat lengkap berhubung ‘zikir menari’

Jelas Exco itu, pihaknya buat masa ini tidak mempunyai maklumat penuh berhubung video yang tular di media sosial itu.

Katanya, menerusi video yang sohor itu selawat tersebut mungkin dilakukan masyarakat Acheh, Indonesia atau komuniti mereka yang menetap di Malaysia.

“Saya sudah menghantar video kepada JAIS untuk membuat siasatan lanjut.”

JAIS pandang serius isu ‘zikir menari’ yang tular di media sosial

Dalam pada itu, Pengarah JAIS iaitu Datuk Mohd Shahzihan Ahmad menjelaskan penganjuran program seperti yang tular itu perlu mendapat kebenaran daripada pihak JAIS.

Malah JAIS memandang serius berhubung perkara itu khususnya jika ia boleh menimbulkan fitnah kepada agama.

“Kadang-kadang dari segi cara tidak ada masalah, tetapi kadang-kadang pembawaan itu boleh menjadi fitnah.

“Contohnya berzikir di kubur sambil bergoyang-goyang mungkin hukumnya ada, tetapi kita tidak terima sebab boleh menyebabkan fitnah kepada agama,” katanya.

Beliau dalam masa sama turut meminta orang ramai agar mendapatkan rujukan terlebih dahulu daripada pihak berkuasa agama berkaitan hal ehwal Islam di negeri Selangor.

“Kita bimbang ada taasub tak kiralah siapa, tetapi kalau sandarannya taasub kita tidak akan benarkan.

“Selawat boleh sahaja tanpa menari, kenapa hendak menari?”

Recent Posts

  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

1 min ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

7 mins ago
  • News
  • Trending

15 Orang Ditahan Kes Masak Mi Segera Di Stesen Minyak, Polis Sahkan Tiada Anak VIP

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham empat individu dari 15 yang ditahan akan dituduh di…

1 hour ago
  • Trending

Lelaki Istimewa Tatap Gambar Arwah Ibu Bapa, Mengadu Jam Tangan Rosak Buat Ramai Sebak [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan dia mencium gambar bapanya sebelum mengambil sebatang pen dan menuliskan…

2 hours ago
  • News

“Kubur Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Perlu Dijauhkan Dari Yang Lain” – Jawatankuasa Fatwa Johor

Keputusan menjarakkan kubur suspek adalah bagi memberi peringatan kepada masyarakat supaya tidak terlibat dengan aktiviti…

2 hours ago
  • Trending

Dipercayai Kena Halau Suami, Wanita Bersama Dua Anak Kecil Telah Selamat Sampai Kedah

Menurut aktivis kemasyarakatan Zurianty Sudin, tiga beranak itu dipercayai dihalau suami telah selamat sampai ke…

6 hours ago