Ingin Pupuk Minat Murid, SK Rapat Setia Jadi Sekolah Pertama Dalam Bandar Tanam Padi

Sebuah sekolah rendah di Perak telah membangunkan projek penanaman padi bagi mencipta kelainan serta memupuk minat murid-murid terhadap bidang pertanian.

Projek penanaman padi itu telah dilakukan di dalam kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Rapat Setia, Ipoh.

Projek ECORICE SKSR mula tercetus sejak Jun 2023

Guru Besar SK Rapat Setia, Nor Hizan Abd Jalil berkata, projek penanaman padi yang dijenamakan sebagai ECORICE SKSR itu tercetus sejak awal Jun 2023 melalui perbincangan secara bersama guru-guru.

Foto: Facebook/Zuhasnani Nani

“Pada asalnya, kawasan (keluasan 0.006 hektar) yang kami bangunkan dengan projek (padi) ini adalah kawasan berair dan agak terbiar. Ia sedikit sebanyak merunsingkan kami dan bagi memastikan ia (kawasan) dioptimumkan, maka kami buat sedikit kajian tentang tanaman yang sesuai dengan kawasan berair.

“Kami dapati tanaman padi adalah antara yang sesuai. Kami sepakat dan buat kertas kerja untuk tarik perhatian pihak tertentu membantu sekolah untuk projek ini,” katanya dipetik Bernama.

Projek ECORICE SKRS yang merupakan modul dalam pelaksanaan program Kemahiran Melalui Rekabentuk (KMR) dan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Mohamad Fauzi Mahson pada 16 November tahun lalu.

SK Rapat Setia jadi sekolah dalam bandar pertama di Malaysia tanam padi

Kejayaan ini sekaligus menjadikan SK Rapat Setia sebagai sekolah bandar pertama dalam Malaysia membangunkan projek penanaman padi.

Tambah Nor Hizan, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) turut menjalinkan kerjasama bagi menjayakan projek tersebut.

Foto: Facebook/Zuhasnani Nani

Melalui kerjasama tersebut, Perak SADC telah membiayai sepenuhnya projek berkenaan melalui pembekalan pelbagai kemudahan seperti kotak tanaman, benih padi, khidmat nasihat dan sebagainya.

“Selain itu, Perak SADC melalui pegawai mereka kerap datang ke sini untuk melihat kemajuan (projek) serta pada masa yang sama beri nasihat tentang keperluan serta tatacara dalam mengendalikan projek ini.

“Untuk pusingan pertama tanaman ini, mereka (Perak SADC) akan bantu secara keseluruhan iaitu daripada penyediaan benih hingga proses penuaian nanti. Selepas itu, barulah kami yang akan mengendalikan keseluruhan projek,” katanya.

15 kotak padi dalam kawasan sekolah dapat keluarkan 150kg hasil

Menurutnya, 15 kotak tanaman padi yang ada di dalam kawasan sekolah itu dijangka dapat mengeluarkan kira-kira 150 kilogram (kg) hasil untuk pusingan pertama yang diramal memasuki fasa penuaian pada penghujung Mac ini.

“Untuk tuaian hasil pertama ini mungkin kami nak buat kenduri melibatkan semua warga sekolah. Kami nak semua merasainya. Untuk pusingan seterusnya, mungkin kami boleh jual kepada masyarakat setempat untuk jana pendapatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah,” katanya lagi.

Dalam masa sama, beliau berkata projek tersebut juga banyak memberi implikasi positif terutamanya dalam memupuk minat para murid dalam mendalami ilmu berkaitan bidang pertanian sejak dari awal.

Recent Posts

  • Hiburan

Filem ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya [Trailer]

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak,…

5 hours ago
  • Trending

Tangisan Wanita Baca Warkah Diberikan Oleh Anak Ketika Hari Ibu Buat Ramai Tersentuh [Video]

Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…

9 hours ago
  • Trending

“Rugi Besar…” – Dapat Tentangan Keras, Isa Isarb Batalkan Program Realiti Lelaki & Wanita Tinggal Sebumbung [Video]

Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…

9 hours ago
  • Trending

Ayah Ayu Ting Ting Berang, Jemaah Haji Malaysia Hina Indonesia Negara Miskin? [Video]

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…

10 hours ago
  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

10 hours ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

10 hours ago