Pemandu & Kereta Myvi Masuk Longkang Besar Lepas Terlanggar Lintasan Air Sebelum Dibawa Arus [Video]

Tular di media sosial video memaparkan, seorang wanita yang sedang berpaut pada kenderaan Perodua Myvi yang dibawa arus deras ketika berada di dalam longkang besar.

Menerusi video tersebut kelihatan, wanita berkenaan berpaut pada belakang kenderaan terbabit dan menjerit seperti meminta pertolongan.

Tidak lama selepas itu, kelihatan seorang lelaki segera terjun ke dalam longkang dan cuba menyelamatkan wanita berkenaan.

Mangsa tak alami sebarang kecederaan, terbabss sebelum dibawa arus air deras

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora pemandu Myvi terbabit bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian yang berlaku di Kota Tinggi, Mersing.

Beliau yang mengesahkan kejadian terbabit memaklumkan kenderaan tersebut terbabas sebelum dihanyut arus air di Kilometer 42.5 Jalan Johor Bahru – Mersing.

Ujarnya kereta tersebut dibawa oleh pemandu yang berusia 37 tahun bersama penumpang iaitu kenalannya yang juga wanita berumur 43 tahun dipercayai telah terbabas ketika melalui jalan yang dilintasi air di lokasi berkenaan.

“Pihak polis mengesan sebuah video viral pada pukul 9.20 pagi (7 Januari). Satu laporan polis telah diterima berhubung kejadian. Hasil siasatan awal kereta dipandu mangsa terbabas setelah hilang kawalan dan masuk ke dalam longkang besar sebelah kanan arah menghala ke Kota Tinggi.

“Kedua-dua mangsa telah diselamatkan oleh orang awam apabila kenderaan dihanyutkan arus air yang deras. Pemandu tidak mengalami cedera ringan dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kota Tinggi,” ujarnya, dipetik Kosmo.

Lelaki turut kongsi detik cemas ketika selamatkan wanita hanyut ketika dibawa arus

Dalam pada itu memetik laporan Berita Harian, lelaki yang telah menyelamatkan pemandu berkenaan turut berkongsi detik cemas terbabit.

Dia yang dikenali sebagai Ching Ngiam Chong berusia sekitar 50-an menyatakan dia tidak berfikir panjang sebaliknya hanya ingin menyelamatkan pemandu terbabit.

“Saya tak fikir panjang dan terus terjun untuk selamatkan wanita itu selepas melihatnya hanyut dibawa arus deras,” ujarnya.

Jelasnya insiden itu berlaku sekitar jam 8 pagi ketika Ngiam Chong yang juga bekerja sebagai kontraktor dalam perjalanan untuk sarapan pagi di Kota Tinggi menuju ke Mawai.

Berhenti kereta sebelum lihat dua wanita hanyut dalam longkang

Dia kemudian berhenti selepas melihat rakannya menghentikan kenderaan sebelum terkejut melihat kereta dan dua wanita hanyut di dalam longkang kerana di bawa arus.

“Seorang wanita sempat menyelamatkan diri, manakala seorang lagi hanyut… melihatkan berisiko untuk lemas, saya terus terjun untuk mencapai wanita itu dan beberapa rakan serta orang awam berada di tempat kejadian juga membantu.

“Saya bersyukur dan sangat gembira dapat menyelamatkan wanita itu dalam tempoh kurang lima saat bagi mengelakkannya ditimpa kejadian tidak diingini,” kata hero itu.

Ngiam Chong turut memanjatkan rasa syukur kerana masih mempunyai stamina dan tidak mengalami kecederaan ketika menyelamatkan wanita itu.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Yang mana satu lebih berbaloi dari segi keseluruhan, sama ada MHflypass ASEAN atau ASEAN Explorer…

39 mins ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

3 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

5 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

6 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

6 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

7 hours ago