JIM Selamatkan 21 Warga Asing Jadi Mangsa Pemerdagangan

Umum mengetahui kemasukan warga asing ke negara ini bukanlah sekadar untuk industri pelancongan semata-mata.

Sebaliknya ada yang datang ke negara ini untuk bekerja dalam beberapa industri yang ditawarkan contohnya sebagai buruh kasar.

21 warga asing dipercayai dieksplitasi dan dipaksa bekerja tanpa gaji serta ditipu majikan

Namun berbeza dengan nasib 21 lelaki warga Bangladesh ini apabila mereka dipercayai telah dieksploitasi sebagai buruh kasar di sekitar kawasan Klang, Selangor.

Perkara itu diketahui selepas pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melakukan operasi menyelamatkan warga asing yang disyaki telah menjadi mangsa pemerdagangan pada 8 Januari, sekitar 3.30 petang.

Menurut Ketua Pengarah JIM Datuk Ruslin Jusoh turut terdapat di antara mereka yang tidak diberikan pekerjaan selama enam bulan sebaik sampai ke negara ini.

Selain itu mereka juga dipaksa untuk bekerja tanpa diberikan gaji kerana ditipu oleh majikan.

Terima aduan awam sebelum risikan dilakukan

Jelasnya, warga asing berkenaan telah diselamatkan oleh Unit Risikan Bahagian Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penggubahan Wang Haram Putrajaya selepas melakukan risikan sebaik menerima aduan awam.

“Semua warga Bangladesh berusia lingkungan 20-an hingga 40-an diselamatkan dalam operasi membanteras kegiatan pemerdagangan orang di rumah kedai yang dijadikan tempat tinggal mereka.

“Mereka dipercayai menjadi mangsa eksploitasi dengan dijanjikan pekerjaan oleh majikan yang menguruskan kemasukan ke dalam negara malah turut diabaikan tanpa sebarang pekerjaan kira-kira enam bulan.

“Ada antara mereka yang telah dikeluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah dan bekerja, namun tidak diberikan upah oleh majikan, manakala pasport mereka dipegang majikan tanpa kerelaan,” ujarnya.

Siasatan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670)

Pihak JIM sudah mengenal pasti syarikat dan juga majikan yang dipercayai terbabit dan memulakan siasatan untuk melihat kesalahan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670).

Tambah beliau lagi, JIM memandang serius berhubung perkara tersebut dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam amalan pekerja terabai yang boleh menjurus kepada elemen eksploitasi, buruh paksa dan pemerdagangan orang dalam kalangan pekerja dan warga asing di negara ini.

“JIM akan meneruskan operasi penguatkuasaan dan akan mengambil tindakan tegas atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludpan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670).

“Sabit kesalahan, mana-mana individu terlibat boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga puluh tahu atau pemerdagangan orang yang lebih berat.

“Malahan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ATIPSOM yang disabitkan kepada majikan, pekerja atau ejen boleh dihukum dengan penalti yang lebih berat sebagaimana diperuntukkan oleh Akta ATIPSOM.”

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat boleh memaklumkan kepada Jabtan Imigresen atau hubungi talian 03 8000 8000 jika terdapat pekerja warga asing yang dieksploitasi oleh ejen pekerjaan mahupun majikan.

Ia bertujuan agar tindakan undang-undnag dapat diambil dalam usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

Recent Posts

  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

7 mins ago
  • Trending

“Maaf Bukan Nak Kutuk” – Wanita Samakan Bau Laksa Sarawak Macam Jamu Jadi Perhatian [Video]

Hantaran tersebut nyata menarik perhatian warganet yang rata-ratanya mengecam dan menganggap wanita tersebut tidak menghormati…

2 hours ago
  • Trending

Pelajar Terpaksa Duduk Atas Lantai, Dr Akmal Saleh ‘Sekolahkan’ Pegawai JAIM [Video]

Menurut Dr Akmal Saleh, peruntukan untuk menyediakan keperluan sekolah telah diperoleh JAIM sejak bulan 12…

2 hours ago
  • Trending

Apa Hukum Orang Islam Tak Peduli Hal Negara Seagama Yang Ditindas, Ini Respon UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, sebagai umat Islam, kita haruslah hidup secara bersaudara untuk saling menguatkan…

2 hours ago
  • News
  • Trending

CCTV Rakam Lelaki Curi Pakaian Dalam Wanita, Suspek Diburu Polis [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, insiden berkenaan belaku di sebuah rumah yang terletak di…

3 hours ago
  • Trending

Tular 3 Kereta Terbabas Kerana Jalan Licin Di Klang, Ramai Tuduh Geng ‘Longkai’ Tuang Minyak [Video]

Berdasarkan rakaman terbabit, kelihatan pemilik dashcam yang melalui jalan berkenaan pada waktu awal pagi semalam…

4 hours ago