fbpx
Now Reading
‘Teksi Terbang’ Pertama Bakal Beroperasi Di Mekah Khas Buat Jemaah Haji – Saudia

‘Teksi Terbang’ Pertama Bakal Beroperasi Di Mekah Khas Buat Jemaah Haji – Saudia

Persetujuan pembelian pesawat jet Lilium adalah untuk dijadikan sebagai mod pengangkutan baharu pada musim haji tahun ini dari lapangan terbang Jeddah ke hotel Mekah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Syarikat penerbangan nasional, Saudi Arabian Airlines (Saudia) kini sedang merancang untuk memulakan perkhidmatan ‘teksi terbang’ bertujuan membawa jemaah haji dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah ke hotel Mekah.

Menurut Pengarah Komunikasi Korporat dan jurucakap Kumpulan Saudia Abdullah Al-Shahrani, perancangan pembelian teksi terbang itu adalah sebagai persiapan menggunakan teksi udara sebagai mod pengangkutan baharu pada musim haji tahun 2024.

Beliau dalam masa sama memaklumkan Kumpulan Saudia bersetuju membeli 100 jet Lilium, pesawat lepas landas dan pendaratan menegak elektrik Jerman (eVTOL), untuk aktiviti ulang-alik antara lapangan terbang Jeddah ke hotel Mekah iaitu berdekatan Masjidil Haram serta tempat suci yang lain.

“Pesawat elektrik Lilium antara pesawat pertama yang beroperasi sepenuhnya menggunakan kuasa elektrik.

“Setelah menyelesaikan urusan diperlukan, pesawat ini akan terbang bersama tetamu Allah SWT pada musim haji dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah ke lapangan terbang di hotel berhampiran Masjidil Haram di Mekah,” kata beliau kepada Al-Arabiya.


Teksi Terbang Boleh Dinaiki Empat Hingga Enam Orang Penumpang

Buat mereka yang tertanya-tanya, kenderaan ini mampu membawa empat hingga enam orang penumpang dalam satu masa.

“Pesawat Lilium dicirikan oleh kadar pelepasan karbon yang rendah dan merupakan pesawat mesra alam, menjadikannya antara kemungkinan untuk mengekalkan perjalanan udara dan memendekkan masa penerbangan, kerana meliputi jarak maksimum 250 kilometer (km),” jelas beliau.

Menerusi pembelian pesawat yang banyak itu, Saudia bercadang untuk melancarkan perkhidmatan lanjutan yang boleh menghubungkan beberapa destinasi perjalanan.

Malah ia juga akan disokong dengan laluan udara di lapangan terbang utama di mana Saudia beroperasi.


Teksi Terbang Ada Ciri Unik Yang Tawarkan Pengalaman Menarik

Dalam pada itu, perkhidmatan yang bakal disediakan itu turut menampilkan ciri kabin unik serta menawarkan beberapa pilihan susunan tempat duduk.

Ia juga dilengkapi dengan ruang yang luas bagi menyediakan keperluan dan pengalaman baik buat tetamu elit.

Sumber: X (@Lilium)

Al-Shahrani berkata syarikat penerbangan tersebut akan berusaha menyokong Lilium dengan menyediakan semua kelulusan kawal selia yang diperlukan bagi mengendalikan pesawat jenis itu di pasaran Saudi.

“Ini adalah satu langkah penting dalam rangka usaha menambah baik sektor pengangkutan udara kerana inisiatif ini akan menyumbang secara signifikan untuk merangsang kemampanan sektor pelancongan melalui penerbangan tanpa pelepasan,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.