fbpx
Now Reading
“Masa Bayar Diam Saja” – Pemilik Restoran Caj Ayam Goreng Kunyit RM20 Persoal Tujuan Pelanggan Tularkan

“Masa Bayar Diam Saja” – Pemilik Restoran Caj Ayam Goreng Kunyit RM20 Persoal Tujuan Pelanggan Tularkan

Menurut Zulfan Bustami, dia mengesyaki perkara tersebut tidak ditularkan pelanggan itu sendiri, sebaliknya oleh pihak ketiga sama ada ahli keluarga atau rakannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pemilik restoran di Pantai Chenang, Langkawi yang mengenakan caj RM20 untuk sepiring ayam goreng kunyit mempersoal tindakan dan tujuan pelanggan terbabit menularkan tentang perkara tersebut.

Pemiliknya, Zulfan Bustami berkata, ketika mengambil pesanan pelanggan wanita tersebut, pekerjanya sudah menunjukkan buku menu yang tertera dengan jelas harga ayam goreng kunyit adalah RM20.

“Dia sendiri lihat harga (makanan) dalam buku menu ketika buat pesanan, masa bayar di kaunter tak cakap apa pun sebelum berlalu pergi, kemudian tularkan di media sosial yang mengundang persepsi negatif, apa motif?

“Saya tiada di restoran ketika kejadian, cuma tahu perkara itu selepas dimaklumkan pekerja mengenai gambar makanan dan resit berjumlah RM24 tular di media sosial,” katanya dipetik Berita Harian.

Pemilik restoran syak orang lain yang tularkan, bukan pelanggan terbabit

Menurutnya, dia mengesyaki perkara tersebut tidak ditularkan pelanggan itu sendiri, sebaliknya oleh pihak ketiga sama ada ahli keluarga atau rakannya.

“Semakan mendapati pelanggan terbabit datang ke restoran pada Sabtu bersamaan tarikh resit bayaran dan gambar makanan, manakala gambar kedai yang ditularkan itu pula diambil pada keesokannya (Ahad).

“Pelanggan terbabit adalah orang tempatan dan sepatutnya dia sedia maklum harga makanan di sekitar Pantai Chenang tinggi sedikit berbanding kawasan lain, ini disebabkan kadar sewa kedai juga tinggi di kawasan ini,” katanya.

Saiz hidangan ayam goreng kunyit RM20 sesuai dimakan dua orang

Zulfan mendakwa bahawa saiz hidangan ayam goreng kunyit berharga RM20 itu juga sesuai dimakan dua orang kerana menggunakan 160 gram isi ayam, sayur, lobak merah, salad, kacang panjang dan bawang Holland.

“Saya telah berusaha menghubungi pelanggan terbabit menerusi ruangan sembang Facebook secara ‘messenger’ untuk berbincang, pada masa sama sedia berjumpa dan memohon maaf atas kejadian itu, tapi dia mengelak.

“Kedai saya juga sudah dikunjungi penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk melakukan pemeriksaan dan menyerahkan notis kira-kira 12 tengah hari semalam (15 Januari),” katanya lagi.

KPDN beri notis kepada pemilik kedai makan

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth mengesahkan pihaknya telah melakukan pemeriksaan dan menyerahkan notis kepada peniaga terbabit.

Baca Artikel Berkaitan: KPDN Beri Notis Kepada Kedai Makan Di Langkawi Caj Ayam Goreng Kunyit RM20

Terdahulu, seorang wanita meluahkan ketidakpuasan hati di laman Facebook selepas dia mendakwa dicaj sebanyak RM20 untuk sepiring hidangan ayam goreng kunyit ketika makan di sebuah restoran di Pantai Chenang, Langkawi.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.