Mufti Pulau Pinang Saran Siti Nurhaliza Tunda Konsert Kerana Dijadualkan 3 Hari Sebelum Ramadan

Para peminat artis tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, sudah tentunya tidak sabar lagi dan sangat teruja untuk menyaksikan “Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza” pada 9 Mac depan.

Namun, dalam keterujaan itu, ada juga pencinta penyanyi Nirmala itu yang berduka cita dan kecewa kerana gagal mendapatkan tiket ke konsert itu.

Terkini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor, memberi saranan agar penganjuran konsert tersebut ditangguhkan.

Tangguh Konsert Bagi Hormati Bulan Suci

Menerusi kenyataannya, Wan Salim berharap supaya acara mega itu ditangguh ke tarikh lain, dan bukannya dijalankan pada tarikh dirancang, iaitu beberapa hari sebelum Ramadan tiba.

Bagi tahun ini, hari pertama puasa Ramadan dianggarkan akan jatuh pada 12 Mac, hanya tiga hari selepas konsert berkenaan jika dijalankan mengikut perancangan asal.

Beliau dilaporkan oleh Kosmo, sebagai menyifatkan penganjuran konsert beberapa hari sebelum bulan puasa seolah-olah tidak menghormati bulan suci itu. Katanya lagi, ia seperti melakukan perbuatan yang melalaikan daripada mengingati Allah.

Di samping itu, beliau turut mengingatkan umat Islam akan galakan mengambil peluang untuk perbanyakkan amal ibadat dan meningkatkan kerja kebajikan.

Konsert Mega Terakhir Tok Ti Pada 2019

Tiket bagi “Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza” dengan harga RM129 hingga RM799, habis licin disapu dalam masa hanya dua jam setelah penjualan tiket bermula pada 21 Disember tahun lalu.

Konsert itu pada mulanya dirancang untuk dijalankan pada Julan 2023, tetapi ia ditangguh sejajar dengan kelulusan tarikh baharu oleh Perbadanan Stadium Malaysia dan Axiata.

Kali terakhir penyanyi kesayangan negara itu, yang lebih mesra dikenali sebagai Tok Ti, mengadakan konsertnya adalah pada tahun 2019. Konsert “Dato’ Sri Siti Nurhaliza on Tour” telah dijalankan di Indonesia dan Singapura, sebelum berakhir di Kuala Lumpur pada 16 Mac tahun itu.

Pada akhir 2021 pula, satu filem dokumentari “Siti: Are You Ready?” telah ditayangkan, yang menceritakan kisah di belakang pentas, persembahan langsung dan “Untold Story” sewaktu jelajah konsert tersebut.

Dalam masa yang sama, konsert ‘Clash of the Titans’ yang menampilkan kumpulan Cromok dan A.C.A.B. akan turut dijalankan pada 9 Mac.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

8 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago