Kanak-Kanak Lima Tahun Maut Selepas Ibu Tertinggal Dalam Kereta

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dilaporkan meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kenderaan di parkir kereta belakang Hospital Shah Alam.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim laporan berhubung kes tersebut telah diterima pihaknya pada 30 Januari (Selasa) jam 8.01 malam daripada seorang lelaki yang juga pegawai perubatan di hospital terbabit.

“Hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu telah ditinggalkan oleh ibunya secara tidak sengaja di dalam kenderaan jenis Perodua Axia selepas mangsa diambil dari sebuah taska berdekatan dengan tempat kejadian.

“Semasa ditinggalkan mangsa dalam keadaan tertidur dan enjin kereta dimatikan,” ujarnya.

Sedar anak ditinggalkan selepas dihubungi oleh suami

Perkara tersebut disedari oleh ibu kanak-kanak yang berusia 34 tahun selepas dihubungi oleh suaminya.

Kanak-kanak itu kemudiannya dibawa ke jabatan kecemasan Hospital Shah Alam dalam keadaan tak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia selepas usaha menyelamatkan dilakukan.

“Post-mortem telah dijalankan pada 31 Januari pukul 2 petang berkeputusan ‘pending Laboratory Investigations’. Pemeriksaan ke atas mangsa juga dapati tiada mempunyai sebarang kecederaan luaran mahupun dalaman.”

Ibu kanak-kanak adalah petugas hospital

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Memetik laporan Berita Harian, ibu kanak-kanak berkenaan adalah petugas hospital dan dihubungi oleh suaminya pada jam 6 petang.

Mohd Iqbal turut menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati ketika mengambil anak pulang dari sekolah atau taska khususnya kepada kanak-kanak yang masih kecil agar kejadian sama tidak berulang lagi.

Selain itu, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kes boleh menghubungi Inspektor Syed Aidid di talian 013 654 4996.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Tahun Terakhir Saya Sebagai Penyanyi” – Aliff Syukri Umum Undur Diri Dari Dunia Nyanyian

Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…

11 hours ago
  • Trending

Lelaki Handsome Bila Berduit? Ini Pendapat Golongan Wanita [Video]

Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…

11 hours ago
  • Trending

Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]

Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…

12 hours ago
  • Trending

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…

13 hours ago
  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

15 hours ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

15 hours ago