fbpx

Usahawan Wanita Rugi Lebih RM3 Juta, Peti Simpan Jongkong Emas & Wang Dalam Rumah Dilarikan Penjenayah

Menurut Superintendan Ashari selain duit dan jongkong emas, penjenayah itu turut melarikan beberapa beg tangan berjenama serta barang kemas milik keluarga mangsa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kediaman seorang usahawan wanita terkenal bersama keluarganya di Padang Balang, Gombak, Selangor telah dipecah masuk pada 3 Mac.

Susulan daripada kejadian tersebut, usahawan berkenaan yang juga seorang influencer dilaporkan mengalami kerugian sekitar RM3.5 juta apabila peti besinya yang menyimpan pelbagai barangan berharga turut dibawa lari oleh penjenayah terbabit.

Kediaman dipecah masuk ketika usahawan dan keluarga tiada dirumah

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah insiden tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 10 malam hari sama sewaktu usahawan itu dan keluarganya tidak berada di rumah.

Polis bagaimanapun hanya menerima laporan berhubung kejadian itu pada keesokan harinya, 4 Mac.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebuah peti besi yang mengandungi jongkong emas dan wang tunai bernilai kira-kira RM3 juta telah dilarikan penjenayah.

“Selain itu, beberapa beg tangan berjenama serta barangan kemas milik ahli keluarga mangsa turut dilarikan. Jumlah keseluruhan kerugian dialami mangsa berusia 43 tahun itu dianggarkan kira-kira RM3.5 juta,” ujarnya, lapor Berita Harian.

Foto: Sekadar hiasan (Pexels)

Suspek dipercayai rosakkan CCTV

Jelasnya lagi, penjenayah yang memecah masuk kediaman usahawan berkenaan turut dipercayai telah merosakkan kamera litar tertutup (CCTV) di rumah tersebut.

“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, dan kes masih dalam siasatan polis.

“Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju melalui talian 03 9289 9222.”

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur menerusi talian 03 2115 9999 atay mana-mana balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.