Bekas Pegawai Kerajaan Dakwa Hilang Wang Simpanan RM30,000 Dalam Tabung Haji

Seorang bekas pegawai kanan kerajaan mendakwa telah kehilangan lebih RM30,000 wang simpanan dari akaun Tabung Haji (TH) miliknya. Ia disyaki telah dipindahkan ke akaun milik orang lain dan dikeluarkan menerusi mesin juruwang automatik (ATM) sejak 2018.

Kejadian itu walau bagaimanapun hanya disedari mangsa, Datuk Jabidah Monseri, 66, pada 30 November 2023.

Pada tahun 2017, beliau telah bersara dari jawatan Timbalan Ketua Pengarah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan ditawarkan jawatan baharu sebagai Pengerusi UNIMAS Holdings.

Menurutnya, kesibukan dengan pekerjaan menyebabkan dia tidak mengemaskini akaun TH. Katanya lagi, dia yakin dengan keselamatan simpanannya di dalam akaun tersebut.

Tidak Semak Akaun TH Kerana Sibuk

Kemudian, dia dilantik pula sebagai ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Sarawak yang menjadikan dia lebih sibuk kerana mempunyai tugasan di seluruh negeri. Situasi ini menyebabkan dia tidak lagi membuat semakan ke atas akaun TH miliknya.

Pada November tahun lalu, dia ke pejabat TH untuk mengemas kini buku akaun yang dijumpainya, lapor Berita Harian.

Namun begitu, semakan mendapati simpanan dalam akaun tersebut hanya berbaki sekitar RM1,800.

“Saya hampir pengsan sebaik sahaja kerani yang membuat semakan memberitahu akaun saya hanya berbaki RM1,816.74 sedangkan wang saya di dalam akaun itu sepatutnya ada lebih RM31,000.”

Mangsa, Datuk Jabidah Monseri

Sejumlah 30 Transaksi Bermula 2018

Semakan lanjut yang dilakukan pada penyata terperinci mendapati wang simpanannya telah dikeluarkan menerusi 30 transaksi yang bermula pada 26 Februari 2018.

Tujuh transaksi dilakukan dengan memindahkan simpanan tersebut ke beberapa akaun bank, manakala 23 lagi transaksi dilakukan menerusi mesin ATM.

Pemindah sebanyak RM10,000 telah dilakukan pertama kali pada 26 Februari 2018, diikuti dengan pengeluaran sejumlah RM1,000 menerusi mesin ATM pada hari yang sama.

Kemudian, enam pemindahan ke akaun bank lain telah dibuat pada 11 Mac 2018 (RM5,000), 7 Mei 2018 (RM6,000), 21 Mei 2018 (RM5,000), 30 Mei 2018 (RM4,000), 27 Jun 2018 (RM3,500) dan 1 Januari 2019 (RM5,000), dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM28,500.

Wang yang dikeluarkan menerusi mesin ATM pula dilakukan antara 26 Februari 2018 hingga 21 Januari 2020 dengan pengeluaran sebanyak RM1,000 hingga RM1,500 setiap kali.

Tiada Makluman Dari TH

Menyedari keadaan tersebut, Jabidah telah membuat laporan di Balai Polis Gita, Kuching pada 1 Disember 2023 dengan tujuan agar pihak TH mengambil tindakan terhadap kes kehilangan wang simpanan miliknya.

Walau bagaimanapun, dia tidak menerima sebarang makluman daripada pihak TH sehingga kini sejak laporan dibuat tiga bulan lepas.

“Saya mengharapkan pihak TH memberi maklum balas dan bertanggungjawab terhadap kehilangan wang simpanan saya itu.”

Mangsa, Datuk Jabidah Monseri

Untuk makluman, semakan kami mendapati wang simpanan dalam akaun TH sememangnya boleh dikeluarkan menerusi mesin ATM bagi Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB menggunakan kad debit bank.

Bilal Masjid Hilang RM12,000 Dari TH

Sebelum ini, pada 5 Mac, media melaporkan seorang bilal masjid mendakwa simpanan akaun Tabung Haji miliknya sebanyak RM12,000 telah dipindahkan tanpa kebenaran pada Februari lalu. Mangsa telah membuat laporan pada 26 Februari.

Lembaga Tabung Haji kemudiannya turut mengesahan seorang pendepositnya menjadi mangsa penipuan yang menyebabkan kerugian sebanyak RM12,000 menerusi lima transaksi dalam empat hari.

TH memaklumkan bahawa pihaknya telah membekukan akaun mangsa apabila mengesan transaksi yang mencurigakan agar dia tidak mengalami kerugian yang lebih besar, lapor FMT.

“TH juga sedang melakukan siasatan atas perkara ini. Mangsa juga telah membuat laporan polis dan TH akan sentiasa bekerjasama dengan polis dalam sebarang siasatan ke atas kes penipuan siber.”

Tabung Haji

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Yang mana satu lebih berbaloi dari segi keseluruhan, sama ada MHflypass ASEAN atau ASEAN Explorer…

37 mins ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

3 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

5 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

6 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

6 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

7 hours ago