fbpx

Akaun TikTok Ajaran Sesat The Ahmadi Kini Dalam Pantauan – Mohd Na’im

Penyebaran ajaran sesat The Ahmadi yang semakin berleluasa adalah bertentangan dengan syariat agama Islam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, tular di laman TikTok mengenai sebuah akaun dengan 32.2 ribu followers giat membawa ajaran agama Ahmadi (Agama Keamanan dan Cahaya).

Difahamkan, lebih dari 80 ribu pengguna media sosial akan menyertai sesi live akaun berkenaan setiap kali diadakan.

Perkara tersebut kemudian telah mengundang perhatian ramai tentang penyebaran agama sesat itu yang semakin berleluasa.


Pihak Berkuasa Pantau Akaun TikTok Ajaran Sesat

Terbaharu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar mengesahkan pihaknya sedang memantau aktiviti akaun TikTok berkenaan.

Tambah Mohd Na’im, beliau telah mengarahkan agensi-agensi agama termasuk Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk turut memantau ajaran tersebut. Hal ini disebabkan oleh pegangan ajaran tersebut yang sangat jelas bertentangan dengan syariat agama Islam.

Beliau berkata demikian selepas diajukan soalan mengenai tindakan JAKIM terhadap isu itu.

Sebagai Menteri Agama dan juga Datuk Ajib (JAWI) serta Datuk Siraj (JAKIM), kita memandang serius ajaran ini. Kita tidak mahu generasi anak-anak muda ini terpengaruh dengan ajaran tersebut.

Mohd Na’im.
Sumber: Facebook Dato’ Setia Dr. Naim

Ajaran Sesat Ahmadi Beroperasi Di Luar Negara?

Dalam pada itu, agensi agama juga bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menghentikan aktiviti akaun terbabit selain daripada dapat ditonton oleh masyarakat.

Ini adalah tanggungjawab kita dan Insya-Allah dengan kerjasama yang mantap antara JAKIM, JAWI, MCMC dan PDRM, kita yakin mampu untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang bahayanya ajaran tersebut.

Mohd Na’im.
Sumber: TikTok

Menurut laporan diterima, ajaran sesat Ahmadi terbabit dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Oleh disebabkan itu, agak sukar buat pihaknya untuk mengambil langkah awal bagi menangani perkara tersebut.

“Dengan adanya kerjasama dengan PDRM yang akan memberikan maklumat kepada kita daripada semasa ke semasa dan MCMC yang bertanggungjawab ke atas media sosial tadi, kita yakin Insya-Allah kita mampu untuk menghentikan ajaran sesat sebegini,” ulas Mohd Na’im.


Risau Orang Ramai Terpengaruh

Sementara itu, Menteri Agama turut menekankan kepentingan kandungan itu diturunkan segera kerana bukan semua di kalangan masyarakat mempunyai ilmu agama yang kuat selain berasa risau mereka mudah terpengaruh.

Saya tengok mereka yang faham agama memang bagi komen negatif pada mereka (ketika penstriman), tetapi ada juga yang mungkin ilmu agamanya cetek. Mereka ini tidak tahu yang mana individu tersebut menyebut kalimah dalam bahasa Arab tertentu dan kita bimbang mereka menyanjung tinggi kerana merasakan itu orang agama.

Mohd Na’im.

Ajaran Sesat Dakwa Kaabah Tak Lagi Berada Di Mekah

Memetik Berita Harian, ajaran sesat berkenaan mendakwa Kaabah tidak lagi berada di Mekah sebaliknya di Petra, Jordan selain menekankan kemunculan Imam Mahdi sebagai jelmaan semula imam ke-12 Syiah serta Nabi Muhammad SAW.

Sumber: Pexels

Dalam sesi live diadakan, tiga lelaki menggunakan nama Kasyfullah, Ahmad Khairul Hadi dan Maznan telah menyebarkan dakyah itu dengan mendakwa umat Islam ditipu oleh ulama yang bekerjasama dengan kerajaan sejak dari zaman Khulafa’ ar-Rasyidin.

Baca Artikel Berkaitan: JAKIM Siasat Dakwaan Selebriti Indonesia Tentang Ramai Rakyat Malaysia Sertai Ajaran Sesat Di Jawa Barat

Baca Artikel Berkaitan: JAIS Siasat Isu Ajaran Lelaki ‘Mimpi’ Peristiwa Akhir Zaman

Baca Artikel Berkaitan: PDRM Pantau Rapi 7 Kumpulan Ajaran Sesat Di Malaysia – Ketua Polis Negara

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.