Ibu & Anak Dibakar Setelah Disimbah Petrol, PDRM Buru 2 Lelaki

Hari ini (13 Mac) seorang ibu dan anaknya dilaporkan melecur apabila dua lelaki warga asing menyimbah petrol dan membakar mereka.

Insiden tersebut berlaku sekitar 10.30 malam Sabtu lalu (9 Mac) di sebuah padang permainan di Kampung Baru Cheras, Cheras.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, seorang lelaki etnik Rohingya yang merupakan suami dan bapa kepada mangsa telah membuat laporan bahawa kedua-dua mangsa cedera dalam kejadian itu.

Mangsa Dibakar Oleh 2 Lelaki Mabuk

Difahamkan sebelum kejadian mangsa wanita telah ke padang permainan terbabit untuk mengambil anak lelakinya yang berusia dua tahun.

Ketika itu, mangsa telah terserempak dengan dua orang lelaki warga asing yang dikenalinya. Kedua-dua mereka dikatakan berada dalam keadaan mabuk, lapor Astro Awani.

Zam Halim berkata salah seorang lelaki telah meminta mangsa untuk membeli petrol dan diisi ke dalam botol.

Namun begitu, sebaik sahaja botol berisi petrol diserahkan, kedua-dua suspek menyimbah petrol dan terus menyalakan api terhadap mangsa.

Ibu Melecur 30%, Anak Cedera Ringan

Susulan insiden tersebut, mangsa wanita mengalami melecur 30% pada bahagian muka dan badan, tetapi anaknya hanya mengalami kecederaan ringan.

Menurut MalaysiaGazette, kedua-dua mangsa yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sedang menjalani rawatan di sebuah hospital dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Zam Halim berkata pihak polis telah mengenal pasti kedua-dua suspek yang berusia 26 dan 35 tahun. Mereka kini sedang diburu pihak polis dan motif kejadian masih dalam siasatan, katanya.

Hukuman Penjara Maksimum 20 Tahun Jika Bersalah

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan kepada orang lain dengan menggunakan senjata dan lain-lain.

Jika disabitkan kesalahan, seksyen tersebut memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Zam Halim pada masa sama turut memberi amaran kepada orang ramai agar tidak terbabit dengan sebarang perkara yang menyalahi undang-undang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras (03-9284 5050/ 5051), Polis Kuala Lumpur (03-2115 9999) atau mana-mana balai polis berhampiran.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Tahun Terakhir Saya Sebagai Penyanyi” – Aliff Syukri Umum Undur Diri Dari Dunia Nyanyian

Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…

9 hours ago
  • Trending

Lelaki Handsome Bila Berduit? Ini Pendapat Golongan Wanita [Video]

Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…

10 hours ago
  • Trending

Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]

Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…

10 hours ago
  • Trending

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…

11 hours ago
  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

13 hours ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

13 hours ago