Isu Stoking Tertera Kalimah Allah: JAKIM Bagi Amaran Keras Pada KK Mart

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di KK Super Mart, cawangan Bandar Sunway, Selangor.

Perkara itu, secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai termasuklah pihak kerajaan kerana ia telah menyentuh sentiviti umat Islam.

Malah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Sultan Ibrahim murka dan mahu tindakan tegas diambil berhubung perkara itu.

Baca artikel berkaitan: Isu Stoking Kalimah Allah, Agong Murka & Mahu Tindakan Keras

JAKIM beri amaran keras kepada kedai serbaneka, KK Super Mart

Terbaharu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan pihaknya menyokong tindakan dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana membuka kertas siasatan berhubung isu tersebut.

Jelas Pengarahnya, Datin Paduka Hakimah Mohd Yusoff pihaknya yang bertanggungjawab dalam menyelaras pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan memandang serius isu berkenaan kerana ia telah mengguris hati umat Islam.

Bukan hanya itu, isu ini juga telah membabitkan sensitiviti keagamaan serta boleh menggugat keharmonian masyarakat di Malaysia.

“Justeru, semalam (18 Mac) JAKIM telah memanggil Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr KK Chai dan telah memberi amaran keras supaya perkara ini tidak berulang lagi.

“Pihak syarikat juga telah memberi penjelasan mengenainya dan langkah-langkah untuk mengelakkan isu seumpama ini berulang. Pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd bersetuju untuk mengkaji dan mengemaskini semula Prosedur Operasi Standard syarikat,” jelasnya dalam satu kenyataan.

JAKIM ingatkan semua pengusaha, pengilang, pembekal & pengimport beri perhatian isu sensitif

JAKIM dalam masa sama turut memberi peringatan kepada semua pengusaha, pengilang pembekal serta pengimport agar cakna serta memberikan perhatian yang serius berhubung isu sensitif yang membabitkan agama dan juga kaum. Ia bertujuan untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan antara masyarakat di negara ini.

Semua pihak juga dinasihatkan agar tidak membangkitkan isu-isu lama yang boleh menyentuh aspek 3R iaitu agama, raja dan kaum serta menyerahkan segala perkara kepada pihak berkuasa dalam mengambil tindakan lanjut.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…

8 hours ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

10 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

11 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

12 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

13 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

14 hours ago