Jambatan Di Baltimore Runtuh Dilanggar Kapal Kontena Bendera Singapura [Video]

Semalam (26 Mac), dunia digemparkan dengan insiden sebuah jambatan utama di bandar Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat (AS) yang runtuh selepas dilanggar sebuah kapal.

Kejadian itu menyebabkan kira-kira 20 orang serta beberapa kenderaan terjunam ke dalam air di bawah jambatan terbabit.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial juga menunjukkan kapal kontena itu seakan mengalami masalah bekalan tenaga elektrik sebelum melanggar tapak jambatan Francis Scott Key sehingga keseluruhan stuktur binaan keluli itu runtuh ke Sungai Patapso.

Beberapa rakaman orang awam yang berada di tempat kejadian juga tular di media sosial dan meraih perhatian ramai.

@toby_jg02

Cargo ship collapses Francis Scott Key Bridge My buddy and I were at fort armistead park as we look towards the bridge and see what I thought was cargo falling off the ship, unfortunately it was much more than that. I already had my phone out so I started recording almost instantly. Sadly there was also active construction happening on the bridge, along with vehicles passing through. My heart goes out to the families of the people we lost tonight. #keybridge

♬ original sound – toby_jg02

Enam pekerja hilang, berkemungkinan sudah meninggal dunia

Memetik Reuters, pihak berkuasa tempatan mengesahkan sekurang-kurangnya enam pekerja pembaikan jalan dilaporkan hilang yang berkemungkinan telah meninggal dunia.

Pegawai Pengawal Pantai AS dan Polis Maryland berkata, berdasarkan kepada suhu air sungai yang sejuk dan tempoh yang telah berlalu sejak jambatan itu runtuh, peluang sangat tipis untuk menjumpai keenam-enam mangsa itu.

Kapal miliki bendera Singapura, Dali dalam perjalanan ke Sri Lanka

Tragedi mula berlaku selepas kapal kontena berbendera Singapura yang dikenali sebagai Dali itu sedang meninggalkan pelabuhan di Baltimore menuju ke Sri Lanka sebelum merempuh tiang sokongan jambatan berkenaan pada jam kira-kira 1.30 pagi Selasa.

Difahamkan, krew Dali telah mengesan bahawa kapal berkenaan mengalami masalah kuasa sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa agar menghentikan aliran trafik di jambatan itu sebelum ia dilanggar dan runtuh.

Dua pekerja berjaya dijumpai dan diselamatkan

Pasukan penyelamat berjaya menjumpai dua orang individu dipercayai pekerja pembaikan jalan sebelum salah seorangnya dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) terpaksa dihentikan kira-kira selepas 18 jam tragedi itu, kata pihak berkuasa.

Lapor salah seorang pegawai, semasa kemalangan berlaku, lapan pekerja (dua selamat, enam hilang) itu sedang menampal lubang yang ada di atas jalan di jambatan terbabit.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Tahun Terakhir Saya Sebagai Penyanyi” – Aliff Syukri Umum Undur Diri Dari Dunia Nyanyian

Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…

4 hours ago
  • Trending

Lelaki Handsome Bila Berduit? Ini Pendapat Golongan Wanita [Video]

Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…

4 hours ago
  • Trending

Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]

Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…

5 hours ago
  • Trending

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…

6 hours ago
  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

8 hours ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

8 hours ago