Akaun 3 KWSP Akan Dilaksanakan Kelak? Pencarum Boleh Keluarkan Wang Pada Bila-bila Masa

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilaporkan akan mewujudkan Akaun 3 untuk setiap pencarum bagi membolehkan mereka mengeluarkan wang simpanan untuk kelangsungan hidup.

Memetik laporan New Straits Time, sebanyak 10% daripada jumlah keseluruhan wang simpanan bulanan yang ditolak (11% daripada gaji) akan dimasukan ke dalam Akaun 3 ini.

Kemasukan wang ke dalam Akaun 3 akan diambil bermula bulan Mei

Meskipun kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam jangka masa terdekat ini, NST telah difahamkan bahawa kemasukan wang ke Akaun 3 akan bermula melalui simpanan pada bulan Mei dan seterusnya.

Manakala wang simpanan sedia ada di Akaun 1 dan Akaun 2 tidak akan disentuh, ini bermakna akaun 3 akan bermula dengan baki kosong.

Akaun Fleksibel diwujudkan untuk bantu Ahli KWSP tangani masalah kewangan

Inisiatif mewujudkan Akaun 3 atau dikenali sebagai Akaun Fleksibel bertujuan membantu para pencarum menangani keperluan kewangan jangka pendek mereka sebelum mencapai usia persaraan.

Ketika ini, 70% daripada sumbangan bulanan pencarum disalurkan ke Akaun 1 di mana wang tersebut hanya boleh dikeluarkan selepas bersara, manakala selebihnya pula (30%) akan dimasukkan ke Akaun 2 yang mana boleh diakses untuk pendidikan, kesihatan, rumah, dan pengeluaran separa sekali pada usia 50 tahun.

Foto: Malaymail

Total keseluruhan peratusan pembahagian simpanan ke 3 akaun akan berubah

Difahamkan, kewujudan Akaun 3 ini akan mengubah total keseluruhan peratusan yang akan dibahagikan kepada setiap akaun.

Ia akan dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu 75% (Akaun 1), 15% (Akaun 2) dan 10% (Akaun 3) atau dalam nisbah mudahnya 75:15:10.

Pencarum boleh keluarkan wang di Akaun 3 pada bila-bila masa

Para pencarum boleh mengeluarkan wang simpanan daripada Akaun 3 pada bila-bila masa yang diperlukan seperti akaun simpanan di bank.

Walau bagaimanapun, difahamkan KWSP juga akan membenarkan ahli-ahli yang ingin maksimumkan keuntungan modal untuk memindahkan wang di dalam Akaun 3 ke Akaun 1 dan Akaun 2.

Sebelum ini, turut tular di TikTok kenyataan media yang menggunakan logo KWSP berhubung perkara ini, namun tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Di dalam kenyataan itu, tertera tarikh 22 April 2024 yang mana ia kemungkinan akan dikeluarkan pada waktu tersebut namun telah dibocorkan.

Pun begitu, adalah lebih baik untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan hanya menunggu kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh pihak KWSP menerusi laman media sosial mereka di Facebook atau X.

Recent Posts

  • News
  • Trending

CCTV Rakam Lelaki Curi Pakaian Dalam Wanita, Suspek Diburu Polis [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, insiden berkenaan belaku di sebuah rumah yang terletak di…

26 mins ago
  • Trending

Tular 3 Kereta Terbabas Kerana Jalan Licin Di Klang, Ramai Tuduh Geng ‘Longkai’ Tuang Minyak [Video]

Berdasarkan rakaman terbabit, kelihatan pemilik dashcam yang melalui jalan berkenaan pada waktu awal pagi semalam…

46 mins ago
  • News
  • Trending

Polis Buka Kertas Siasatan, Buru Geng Kereta Masak Dekat Stesen Minyak

Ekoran daripada video memasak mi segera di stesen minyak tersebut polis membuka kertas siasatan di…

54 mins ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…

14 hours ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

17 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

18 hours ago