Ibu Bapa Boleh Buat Aduan Jika Sekolah Anjur Aktiviti Luar Ketika Suhu Lebih 35 Celsius – Fadhlina Sidek

Kebelakangan ini, pasti ramai yang sedar bahawa cuaca di Malaysia terlalu panas terutamanya pada waktu tengah hari.

Malah, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Selasa (16 April) telah mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu iaitu berjaga-jaga di 17 kawasan Semenanjung dan empat di Sabah dan dua di Sarawak.

Suhu boleh cecah hingga 37 Celsius untuk tiga hari berturut-turut

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata tahap berjaga-jaga itu boleh mencapai suhu maksimum harian sehingga 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut, lapor Sinar Harian.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut memberikan kuasa autonomi kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan sekolah seluruh negara untuk menangguhkan sebarang aktiviti luar sekiranya suhu semasa melebihi 35 darjah Celsius.

Gambar sekadar hiasan (Foto: FB/SMK Pandan Mewah)

Ibu bapa boleh buat aduan jika sekolah anjur aktiviti luar ketika suhu lebih 35 Celsius

Bagaimanapun, Menterinya, Fadhlina Sidek meminta ibu bapa untuk menyalurkan aduan kepada Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) jika terdapat sekolah yang menjalankan aktiviti luar termasuk merentas desa dan suka ketika suhu melebihi jumlah tersebut bagi tiga hari berturut-turut.

Menurutnya, setiap aduan yang diterima itu akan diambil tindakan sewajarnya sekiranya didapati berasas.

“Aduan tersebut perlulah dibuat secara rasmi supaya siasatan sepenuhnya dapat dilakukan. Memang KPM galakkan ibu bapa membuat aduan tersebut,” katanya dipetik Kosmo.

KPM tegas dalam isu cuaca panas, minta sekolah patuhi garis panduan yang ditetapkan

Menurutnya lagi, pihak kementerian amat tegas dalam isu berkenaan dan meminta pihak sekolah mematuhi setiap garis panduan yang telah ditetapkan.

“Pada masa yang sama, KPM juga akan merujuk kepada status cuaca panas yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Garis panduan itu haruslah dipatuhi sepanjang masa. Setakat ini KPM belum menerima sebarang aduan mengenai perkara ini,” katanya lagi.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

8 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

8 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

8 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

9 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

9 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

9 hours ago