Gunung Ruang Meletus, Ini Senarai Penerbangan Yang Dibatalkan Malaysia Airlines & AirAsia

Pihak berkuasa Indonesia semalam, 17 April telah mempertingkatkan amaran selepas sebuah gunung berapi, Gunung Ruang yang terletak di wilayah Sulawesi Utara meletus dan menghamburkan abu setinggi lebih 1.8 kilometer.

Susulan itu pihak berkuasa di sana telah mengeluarkan amaran Tsunami dan bertindak memindahkan lebih  800 penduduk di kawasan berdekatan.

Terbaharu, dua syarikat penerbangan negara iaitu Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) dan AirAsia telah membatalkan sejumlah penerbangan dari Semenanjung ke Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) dan domestik dalam negeri.

Menurut Malaysia Airlines, penerbangan yang terlibat adalah penerbangan dari dan menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Sabah dan Sarawak yang dijadualkan pada hari ini, 18 April iaitu:

Malaysia Airlines: Ke/Dari Sabah

  • MH7420 (KUL-TWU)
  • MH7421 (TWU-KUL)
  • MH2612 (KUL-BKI)
  • MH2621 (BKI-KUL)
  • MH2710 (KUL-SDK)
  • MH2711 (SDK-KUL)
  • MH2610 (KUL-BKI)
  • MH2611 (BKI-KUL)
  • MH7404 (KUL-BKI)
  • MH7405 (BKI-KUL)
  • MH2613 (BKI-KUL)

Malaysia Airlines: Ke/Dari Sarawak

  • MH2520 (KUL-KCH)
  • MH2513 (KCH-KUL)
  • MH2542 (KUL-KCH
  • MH2543 (KCH-KUL)
  • MH2574 (KUL-MYY)
  • MH2575 (MYY-KUL)
  • MH2742 (KUL-BTU)
  • MH2743 (BTU-KUL)

Menurut Malaysia Airlines pihaknya akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa dan mengingatkan para penumpang untuk mengemas kini maklumat menerusi My Booking pada laman sesawang Malaysia Airlines.

Ini bagi memudahkan mereka menerima maklumat terkini yang akan dihantar melalui e-mel dan SMS.

Maklumat lanjut rujuk di sini.

AirAsia batal penerbangan dari KL Ke Tawau dan dalam negeri Sabah

Bagi AirAsia pula, senarai 16 penerbangan yang dibatalkan adalah dari Kuala Lumpur ke Tawau dan penerbangan domestik dalam Sabah seperti di jadual bawah:

AirAsia dalam masa sama turut meminta penumpang yang akan berlepas atau mendarat di kawasan terjejas untuk menyemak status penerbangan di laman status penerbangan.

Untuk maklumat lanjut rujuk di sini.

Recent Posts

  • Trending

Kabinet Setuju Laksana Penyasaran Subsidi Bahan Api Diesel – PMX

Tambah Anwar lagi, golongan yang tidak mendapat manfaat daripada penyasaran subsidi ini adalah T20 dan…

9 hours ago
  • Trending

1 Maut & 30 Cedera, Penerbangan Singapore Airlines Alami Gelora Udara

Penerbangan Singapore Airlines SQ321 yang terbang dari London ke Singapura terpaksa dilencongkan ke Bangkok.

12 hours ago
  • News
  • Trending

Penduduk Bimbang Selepas Serangan Balai Polis Ulu Tiram, MAINJ Pertimbang Robohkan Madrasah Luqmanul Hakim

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid bagaimanapun mengesahkan bahawa madrasah…

14 hours ago
  • Trending

“Moga Cepat Kaya” – Pemilik Rumah Disindir Kerana Mahu Sewakan Ruang Tamu Dengan 1 Katil Pada Harga RM170

Tuan rumah itu menawarkan ruang tamu yang dilengkapi dengan katil bujang berserta pasu bunga dengan…

14 hours ago
  • Trending

Netizen Seberang Puji Anggota PDRM Beri Layanan Baik Terhadap Warga Indonesia Semasa Buat Pemeriksaan [Video]

Malah, di akhir video tersebut, anggota polis itu sempat menitipkan pesanan agar pekerja dari Indonesia…

14 hours ago
  • Trending

“Tiada Common Sense”- Wanita OKU Kecewa Terpaksa Berdiri Lama Kerana Tak Ditawar Tempat Duduk [Video]

Menurut wanita OKU berkenaan, dia kecewa kerana ramai yang tidak peka dengan keadaan sekeliling ketika…

15 hours ago