Kes Tuntutan Palsu RM600,000, Anak Lelaki MB Antara Enam Suspek Direman SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (24 April) telah menahan reman enam individu untuk membantu siasatan berhubung kes mengemukakan dokumen dan tuntutan palsu bernilai RM600,000 sejak dua tahun lalu.

Difahamkan, salah seorang daripada enam individu yang ditahan itu merupakan anak kepada seorang menteri besar.

Majistret Ana Rozana Mohd Nor membenarkan perintah reman terhadap keenam-enam individu itu bermula hari ini sehingga esok (25 April) selepas mendapat permohonan SPRM.

Siasatan terhadap kesemua suspek akan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Foto: Malaymail

Dua penjawat awam antara individu lain yang ditahan

Menurut sumber, turut ditahan ialah dua penjawat awam di Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, manakala selebihnya adalah kontraktor syarikat.

“Suspek yang ditahan itu dipercayai berperanan sebagai pemilik syarikat, kontraktor dan penjawat awam di Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Menteri Besar Perlis.

“Keenam-enam suspek yang berusia 26 hingga 37 tahun itu ditahan antara pukul 7 hingga 8 pagi semalam (Selasa) di sekitar Perlis bagi membantu siasatan,” katanya dipetik Sinar Harian.

Buat tuntutan palsu sedangkan kerja berkenaan tidak dilaksanakan

Menurut sumber itu lagi, siasatan dilakukan berhubung kesalahan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu sedangkan kerja-kerja berkenaan tidak pernah dilaksanakan.

Ujarnya, keseluruhan projek berkenaan melibatkan kerja-kerja baik pulih, penyelenggaraan, pembekal dan perkhidmatan bermula dari 2022 sehingga kini yang dianggarkan bernilai RM600,000.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman di Putrajaya mengesahkan tentang penahanan terbabit.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

17 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago