Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan kejadian kanak-kanak hampir digilis sebuah kenderaan gara-gara lari daripada dikejar anjing.

Menerusi video tersebut, awalnya kelihatan dua kanak-kanak sedang berlari di bahu jalan sambil dikejar seekor anjing.

Mungkin kerana terlalu takut, salah seorang dari kanak-kanak itu kemudiannya bertindak menyeberangi jalan sebelum terjatuh menyebabkan sebuah kereta wira hampir mengilisnya.

Malah turut kedengaran sebuah lori membunyikan honnya kerana bimbang akan keselamatan kanak-kanak berkenaan. Difahamkan kes berlaku sekitar jam 9 pagi pada 27 April lalu.

MPM tangkap anjing tular kejar budak hingga nyaris digilis

Terbaharu, ekoran tularnya video tersebut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM) melalui Unit Haiwan Merayau, Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaaan telah berjaya menangkap anjing berwarna putih yang disyaki mengejar kanak-kanak berkenaan.

Menurut MPM, semakan mendapati anjing terbabit sebenarnya bertuan.

“Tangkapan ini dilaksanakan berpandukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (Majlis Daerah Manjung) 1993.

“Berdasarkan semakan dan siasatan, anjing tersebut mempunyai permit dari MPM serta mempunyai pemilik,” katanya dalam satu kenyataan.

Anjing ditangkap kerana langgar syarat UUK PBT

Susulan itu, pihak MPM kemudian menangkap sebanyak tiga ekor anjing termasuk haiwan yang tular dalam video berkenaan pada hari sama jam 11 pagi.

Penangkapan itu susulan pelanggaran syarat dan peraturan Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan (UUK PBT) kerana pemilik gagal mengambil langkah yang munasabah antaranya:

  • Tidak memastikan anjing tersebut tidak menyebabkan kacau ganggu kepada jiran, salakan yang tidak berhenti.
  • Tidak memastikan haiwan terbabit tidak merayau luar kawasan premis pemiliknya dan berikat tali apabila dibawa keluar daripada premis tuannya.

“Anjing yang mengancam nyawa boleh diambil tindakan pelupusan oleh Jabtan Perkhidmatan Veterinar berdasarkan Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).”

Jelasnya lagi, pihak MPM juga akan merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi tindakan selanjutnya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

4 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

4 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

5 hours ago
  • News
  • Trending

“Dia Tumbuk Saya Dulu” – Tular Video ‘Elmo’ Di Melaka Pukul Lelaki Gara-gara Bengang Diganggu

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima…

5 hours ago