Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Sebuah syarikat penyelenggaraan jalan diperintah oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, kelmarin (28 April) untuk membayar ganti rugi lebih setengah juta kepada seorang lelaki yang cedera selepas melanggar jalan berlubang yang tidak diselenggara di Pasir Gudang pada tiga tahun lalu.

Mangsa, Razali @ Mohd Leey Subeh, 49, dianugerahkan RM721,000 untuk ganti rugi dan kecederaan yang dialami selepas motosikal ditungganginya terlanggar jalan berlubang berhampiran Taman Kota Masai.

Memetik Harian Metro, Hakim Sazlina Safie, membuat keputusan itu selepas mendapati Razali selaku plantif berjaya membuktikan tuntutannya terhadap defendan iaitu Safwa Global Venture (M) Sdn Bhd, syarikat yang dilantik kerajaan negeri untuk menyelenggara jalan berkenaan.

Syarikat penyelenggaraan gagal fail sebarang hujah

Menurut Sazlina, defendan juga gagal memfailkan sebarang hujah bertulis atau lisan walaupun beberapa kali penangguhan.

Katanya, plaintif berjaya membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian dan syarikat itu cuai sepenuhnya dalam kemalangan terbabit.

“Mahkamah boleh membuat kesimpulan bahawa dari tarikh kejadian (11 Feb 2021) sehingga kerja-kerja penggalian pada 29 September 2022, lubang itu kekal di tempat kejadian tanpa sebarang pembaikan, seperti yang diakui oleh semua saksi.

“Mahkamah mendapati isu jalan berlubang di tempat kejadian telah dibuktikan dan diakui oleh defendan.

“Syarikat itu juga mengemukakan kenyataan bercanggah dalam pembelaan mereka apabila pada mulanya mendakwa bahawa mereka tidak melihat sebarang jalan berlubang, tetapi kemudian menemui jalan berlubang yang disebabkan oleh kerja-kerja kemudahan awam,” katanya.

Syarikat penyelenggaraan dakwa jalan berlubang itu bukan tanggungjawab mereka

Menurutnya lagi, syarikat terbabit berhujah bahawa jalan berlubang itu bukanlah tanggungjawab mereka kerana ia milik syarikat utiliti dan sepatutnya diselenggara subkontraktor atau pihak lain.

“Di sebalik dakwaan itu, syarikat gagal memulakan sebarang prosiding pihak ketiga terhadap mana-mana kontraktor atau pihak yang berkaitan dalam saman ini.

“Mahkamah juga mendapati adalah munasabah mangsa gagal menyedari jalan berlubang berikutan jarak penglihatan yang terhad dan pencahayaan yang tidak mencukupi di kawasan perumahan pada waktu kejadian,” katanya lagi.

Mahkamah percaya defendan gagal dalam tugas menyelenggara jalan

Susulan itu, mahkamah percaya syarikat itu gagal dalam tugas mereka untuk menyelenggara jalan dan bertanggungjawab kepada Razali di bawah Seksyen 7(3) Akta Prosiding Kerajaan 1956 (GPA).

“Walaupun kes ini merujuk kepada kerajaan dan GPA, ia adalah prinsip asas yang mesti diterapkan kepada pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan jalan yang disediakan selamat untuk pengguna.

“Oleh itu, Mahkamah menganugerahkan plaintif RM352,947.33 untuk ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti rugi am,” katanya.

Difahamkan, syarikat penyelenggaraan berkenaan akan memfailkan rayuan penghakiman terbabit di Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, pada 11 Februari 2021, Razali dalam perjalanan dari Taman Cendana ke Taman Kota Masai pada sekitar jam 10 malam telah terlanggar jalan berlubang di permukaan jalan berkenaan menyebabkan dia terjatuh dan mengalami kecederaan.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

16 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

17 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

18 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

18 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

19 hours ago