fbpx
Now Reading
Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh suspek dalam kejadian berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (2 April), tular di media sosial video yang memaparkan keadaan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid di sebuah hospital dalam keadaan cedera.

Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, kelihatan Akhyar sedang memegang kepalanya sambil duduk di atas kerusi roda dan ditemani beberapa individu lain.

Ciapan di akaun X @433Malaysia mendakwa bahawa Akhyar yang juga pemain sayap Terengganu FC (TFC) itu cedera selepas dipukul dan disamun semasa berada di Kuala Terengganu.

Kejadian didakwa berlaku di sebuah kondominium, Akhyar dipukul dengan senjata

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian samun itu berlaku di sebuah kondominium di daerah itu kira-kira jam 9 malam semalam.

Mengikut maklumat awal, pemain berusia 25 tahun itu dipercayai dipukul dengan senjata pada bahagian kepada dan badan oleh suspek yang tidak dikenali sebaik turun dari kereta.

Turut tular beberapa gambar keadaan Akhyar selepas kejadian

Selain video, turut dikongsikan di media sosial beberapa keping gambar yang memaparkan keadaan pemain pinjaman Johor Darul Ta’azim (JDT) itu selepas kejadian berlaku.

Terdapat gambar yang memaparkan Akhyar dalam keadaan terduduk di hadapan sebuah kenderaan dipercayai miliknya dalam keadaan lemah.

Bagaimanapun, Akhyar yang terus dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas kejadian untuk menerima rawatan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Akhyar didakwa kehilangan dompet dan telefon bimbit

Dalam laporan Harian Metro pula, pemain Harimau Malaya itu didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh suspek dalam kejadian berkenaan.

Difahamkan, punca sebenar kejadian masih lagi tidak diketahui sama ada bermotifkan rompakan atau dendam.

Sehingga kini, tiada laporan polis yang dibuat oleh Akhyar berhubung kejadian terbabit.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.