Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Setiap pasangan khususnya wanita pasti teruja apabila menantikan saat untuk diijab kabulkan dengan insan yang dicintainya.

Oleh itu, bagi mempersiapkan diri bergelar raja sehari pelbagai persediaan yang dilakukan antaranya adalah memilih baju untuk akad nikah dan juga persandingan agar pengantin kelihatan cantik dan segak.

Walau bagaimanapun terdapat segelintir dari pengantin wanita beragama Islam memilih untuk memakai pakaian yang seksi serta tidak menutup aurat sewaktu berlangsungnya majlis mulia itu.

Pengantin perempuan berpakaian seksi bercanggah dengan garis panduan ditetapkan dalam Islam

Terbaharu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim menjelaskan trend pengantin wanita berpakaian seksi seperti itu bercanggah dari garis panduan berpakaian di dalam Islam.

Menurutnya lagi trend itu merupakan satu budaya jahiliah serta mungkar yang perlu ditinggalkan oleh masyarakat yang beragama Islam.

“Sebagaimana diketahui oleh majoriti masyarakat Islam bahawa hukum menutup aurat adalah wajib di dalam Islam.

“Aurat lelaki Muslim (wajib ditutup) ketika berada di hadapan khalayak adalah di antara pusat dan lutut, manakala Muslimah atau wanita Islam pula diwajibkan menutup seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan ketika kehadiran lelaki ajnabi atau bukan mahram,” ujarnya dipetik Kosmo.

Pakaian seksi dipakai oleh seorang pelakon jadi perhatian

Dr. Wan Salim berkata demikian selepas diminta mengulas tentang isu tersebut, selepas tular di media sosial apabila seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi semasa majlis akad nikahnya yang berlangsung baru-baru ini.

Malah ramai netizen menyifatkan pakaian dipakai ketika majlis bahagianya itu terlalu seksi selain tidak bersesuaian dengan majlis akad nikah tersebut.

Syarat pakaian tak terlalu nipis dan tidak ketat, diharuskan untuk berfesyen

Kata mufti itu lagi, jika pengantin perempuan hanya berada di kalangan kaum wanita Islam maka dia hanya diwajibkan menutup aurat dari pusat hingga lutut.

“Cuma pakaian itu disyaratkan tidak nipis sehingga menampakkan kulit dan tidak pula terlalu ketat. Pada prinsipnya wanita Islam diharuskan memakai apa jua fesyen pakaian termasuk ketika menghadiri majlis akad nikah dengan syarat-syarat seperti dinyatakan.”

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago