fbpx

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024 negeri Selangor mencatatkan jumlah kelahiran hidup yang tertinggi iaitu sebanyak 19,951 atau 18.8% manakala paling terendah adalah Labuan sebanyak 323 kelahiran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, Malaysia merupakan negara yang sentiasa mengalakkan kelahiran bayi pada setiap tahun.

Ini kerana kelahiran bayi baharu akan membentuk generasi akan datang dalam mentadbir sesebuah negara selain memainkan peranan penting kepada populasi penduduk.

Pada November tahun lalu Jabatan Perangkaan Malaysia memaklumkan kadar kesuburan penduduk di Malaysia telah menurun sebanyak 1.6 orang anak berbanding 4 orang anak untuk setiap wanita pada tahun 1980.

Malah jumlah penurunan pada tahun 2022 itu direkodkan yang paling terendah dicatatkan di negara ini.

Baca artikel berkaitan: Masalah Kewangan & Sukar Cari Pasangan Antara Faktor Kadar Kesuburan Di Malaysia Menurun

Jumlah kelahiran suku pertama tahun 2024 rekod penurunan

Terbaharu, Jabatan Perangkaan Malaysia memaklumkan bahawa kadar kelahiran di negara ini sehingga setakat suku tahun pertama 2024 mencatatkan penurunan.

Jumlah penurunan direkodkan adalah 9.4% sebanyak 106,386 bayi dilahirkan berbanding suku tahun pertama tahun lalu yang mencatatkan jumlah 117,413 kelahiran.

Menurut Ketua Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin puratanya seorang bayi dilahirkan pada setiap minit, 49 bayi untuk setiap jam dan sebanyak 1,182 pula dilahirkan dalam masa sehari pada suku pertama tahun ini.

Bayi lelaki lebih banyak, jumlah kelahiran paling rendah di Labuan

Jelasnya bayi berjantina lelaki dilahirkan lebih banyak berbanding bayi perempuan.

“Bayi lelaki melebih bayi perempuan dengan 54,747 kelahiran berbanding 51,639 kelahiran. Selangor mencatat bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 19.951 kelahiran (18.8%).

“Jumlah kelahiran hidup terendah dicatatkan oleh Labuan (323 kelahiran: 0.3%),” jelasnya lapor Kosmo.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas mengenai laporan jabatan berkenaan berhubung Perangkaan Demografi yang menunjukkan data penduduk, kelahiran hidup serta kematian yang direkodkan bagi suku pertama tahu ini.

Ibu berusia 30 hingga 39 tahun catat kelahiran paling tinggi

Katanya lagi para ibu yang berusia sekitar 30 hingga 39 tahun merekodkan jumlah kelahiran yang tertinggi iaitu sebanyak 55,864 (52.5%) manakala ibu berumur 20 hingga 29 tahun 40% dan bagi yang berusia 40 tahun dan ke atas 6% yang kurang dari umur 20 tahun 1.5%.

Dari segi etnik pula pada suku tahun pertama 2024, Melayu mencatatkan 68.8% (73,136 kelahiran bayi), manakala Cina 8.8% dan India 3.7%.

“Bumiputera lain pula merekodkan peningkatan kepada 12.7% pada suku tahun pertama 2024.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.