fbpx

“Dia Tumbuk Saya Dulu” – Tular Video ‘Elmo’ Di Melaka Pukul Lelaki Gara-gara Bengang Diganggu

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (14 Mei), tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang individu berpakaian kostum ‘Elmo’ memukul seorang lelaki sehingga cedera.

Video sohor berdurasi 38 saat itu memaparkan individu terbabit menumbuk lelaki berkenaan di kawasan kaki lima sebuah pusat beli-belah di Melaka.

Elmo dakwa ditumbuk lelaki terbabit terlebih dahulu

Dakwa ‘Elmo’, dia bertindak sedemikian selepas berang diganggu lelaki berkenaan yang menumbuk perutnya.

“Awak tak kacau saya, tapi dia kacau saya. dia tumbuk saya punya perut,” kata ‘Elmo’ kepada perakam video.

Pemilik rakaman pula menyatakan bahawa ‘Elmo’ telah menumbuk lelaki terbabit sehingga berdarah.

“Tapi awak pukul dia sampai keluar darah, awak ada keluar darah? Dia keluar darah, tak bagus awak pukul orang macam itu,” kata pemilik video.

Setakat artikel ini ditulis, tiada maklumat tambahan mengenai tarikh dan waktu sebenar kejadian, namun menurut Utusan Malaysia, insiden dilaporkan berlaku di Dataran Pahlawan.

Pihak polis tidak menerima sebarang laporan setakat ini

Sementara itu, memetik Kosmo, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian terbabit.

“Kita akan semak dahulu sama ada video tersebut adalah klip lama atau baru. Jika ia baru berlaku, kita akan buat laporan supaya tindakan dapat diambil,” katanya

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.