
Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas
Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selain daripada menjadi penghubung di antara ahli keluarga dan rakan-rakan, fungsi media sosial seperti Instagram, TikTok dan Facebook juga dilihat sebagai platform untuk menyampaikan maklumat.
Berita atau info terkini terutamanya berkaitan negara dapat dihebahkan dalam masa yang singkat menggunakan medium tersebut.
Namun, terdapat peraturan dan undang-undang khusus yang perlu dipatuhi oleh pengguna dalam membuat sesuatu hantaran.
Kebiasaannya, hantaran yang bersifat ‘sensitif’ akan dipadam. Walau bagaimanapun, ada hantaran yang tidak mempunyai maksud tertentu juga kadang-kala turut dipadam oleh platform berkenaan.
Meta Padam Hantaran Berhubung Perjumpaan Anwar & Hamas
Terbaharu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memaklumkan Meta Platforms telah bertindak menurunkan laporan berita berhubung pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin Hamas di media sosial mereka.
Menurut Fahmi, perbuatan syarikat terbabit dilihat melanggar hak kebebasan media di negara ini dan dia akan menulis surat kepada Meta bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara tersebut.
“Dalam pertemuan Perdana Menteri bersama pimpinan sayap politik Hamas baru-baru ini, terdapat tiga (organisasi) media maklumkan kepada pejabat saya bahawa posting mereka, khususnya dalam Meta diturunkan.
“Saya kecam tindakan Meta menurunkan artikel atau posting daripada media, apatah lagi kerana ini adalah laporan lawatan rasmi Perdana Menteri ke Qatar dan pertemuan dengan sayap politik sebuah organisasi, bukan sayap militan atau ketenteraan,” katanya.
Hantaran Disifatkan Berbahaya Oleh Meta
Jelas Fahmi, ada syarikat media tempatan yang melaporkan hantaran mereka di media sosial telah dipadam atas alasan kononnya hantaran itu berkongsi atau menghantar simbol, pujian atau sokongan kepada individu dan organisasi yang ditakrifkan sebagai berbahaya.
Kata beliau lagi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telahpun menghantar surat kepada Meta bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu tersebut.
“Sebelum ini, sewaktu kita anjurkan acara di Stadium Axiata Arena (Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI), pernah ada posting berkait ucapan Perdana Menteri pada waktu itu dalam beberapa platform media sosial seperti Instagram diturunkan.
“Bagaimanapun selepas kita menghantar protes (kepada Meta), dikembalikan (hantaran), jadi saya akan susuli,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.
Akaun Malaysia Gazette Dinyahaktif Kerana Kongsi Futej Palestin
Perkara sama turut dibangkitkan Fahmi di X. Difahamkan, hantaran yang diturunkan Meta adalah laporan berita yang diterbitkan oleh MalaysiaKini dan Sinar Harian.
Manakala, Malaysia Gazette pula berdepan dengan masalah lebih serius apabila akaun mereka dinyahaktif.
“MalaysiaGazette pula dinyahaktifkan akaun mereka sehingga terpaksa membuka akaun baru kerana memuat naik futej berkaitan Palestin bulan lepas,” tulis Fahmi.
Selain Meta, Fahmi juga akan membangkitkan isu ini kepada platform media sosial yang lain.
Saya amat kesal dengan langkah @META menurunkan bahan yang dimuat naik di media sosial @malaysiakini dan @SinarHarian berhubung pertemuan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri @anwaribrahim bersama pimpinan Hamas. @MalaysiaGazette pula dinyahaktifkan akaun mereka sehingga terpaksa… pic.twitter.com/R3guVQGOWO
— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) May 15, 2024
Sekadar info, semalam (14 Mei), Perdana Menteri telah mengambil peluang berjumpa dengan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dan bekas ketua pergerakan itu, Khaled Masyal dalam rawatan rasminya ke Qatar.
Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan yang berlangsung lebih satu jam itu adalah perkembangan konflik di Asia Barat khususnya yang membabitkan Hamas dan Israel di Palestin.
Baca Artikel Berkaitan: Israel Minta Meta & TikTok Turunkan Kandungan Berkaitan Peperangan Di Palestin
Baca Artikel Berkaitan: Meta Perjelas Gangguan ‘Bug’ Punca Akaun Media Sosial Disekat Lepas Kongsi Isu Palestin