CCTV Rakam Lelaki Curi Pakaian Dalam Wanita, Suspek Diburu Polis [Video]
Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, insiden berkenaan belaku di sebuah rumah yang terletak di Solok Titi Teras 1, Taman Titi Height, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebiasaannya, apabila dengar sahaja tentang kecurian, pasti akan terbayang dalam fikiran barang yang dicuri merupakan sesuatu yang mahal dan berharga.
Ini kerana rata-rata individu yang melakukan jenayah ini telahpun menetapkan sasaran barang yang dicuri mestilah sesuatu yang boleh menguntungkan mereka.
Namun, ada juga kecurian barang-barang yang tidak masuk akal seperti baju atau pakaian dalam wanita.
Lelaki Dirakam Mencuri Pakaian Dalam Wanita
Semalam (15 Mei), tular di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang lelaki bertopi keledar dilihat mencuri pakaian dalam wanita.
Menerusi video yang tular di platform X itu, kelihatan individu tersebut dilihat berhenti di belakang sebuah rumah dan melihat sekeliling sebelum mengambil penyangkut yang dipenuhi dengan pakaian dalam di ampaian rumah tersebut.
Dia kemudiannya bertindak melarikan diri menggunakan motor yang dipercayai miliknya.
Mangkok mana ni? pic.twitter.com/f6xKAwbO33
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) May 15, 2024
Polis Buru Suspek Curi Pakaian Dalam
Terbaharu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata polis telah menerima laporan dari seorang wanita berhubung kejadian itu yang dipercayai berlaku pada Ahad (12 Mei) kira-kira jam 10.30 malam.
Menurut Kamarul, insiden berkenaan belaku di sebuah rumah yang terletak di Solok Titi Teras 1, Taman Titi Height, Balik Pulau, Pulau Pinang.
“Berdasarkan laporan yang diterima, wanita berkenaan telah menyedari pakaian dalam kepunyaannya yang disidai di ampaian di hadapan rumahnya telah hilang.
“Wanita itu kemudiannya memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya. Di dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang lelaki tidak dikenali telah mengambil pakaian dalam miliknya di ampaian,” katanya.
Tambah Kamarul lagi, lelaki itu kemudian dilihat beredar dari rumah mangsa menggunakan sebuah motosikal.
“Sehubungan itu, kita memohon orang awam yang mempunyai maklumat tentang kes ini supaya tampil di mana-mana balai polis untuk menyalurkan maklumat kepada polis.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.
Posted by Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya on Wednesday 15 May 2024
Perbuatan Curi Pakaian Dalam Merupakan Satu Penyakit Mental
Sekadar info, individu yang mencuri pakaian dalam dianggap mempunyai masalah mental. Menurut penganalisis jenayah Datuk Seri Akhbar Satar, perbuatan sedemikian merupakan salah satu penyakit mental yang dipanggil sebagai ‘underwear fetish’ atau fetisisme.
Fetisisme merupakan satu penyakit ransangan seksual yang terjadi disebabkan objek tidak bernyawa yang kebiasaannya merupakan pakaian seperti seluar atau pakaian dalam wanita.
Baca Artikel Berkaitan: Gara-gara Mencuri, ‘Instafamous’ Dijatuhi Hukuman Penjara 1 Hari & Denda RM400
Baca Artikel Berkaitan: Pura-Pura Nak Beli, Rupanya Mencuri! Pemuda Larikan Rantai Emas Bernilai RM23,000 [Video]