fbpx

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah aplikasi pesanan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular satu hantaran di media sosial memaparkan resit pesanan piza di sebuah restoran terkemuka. Insiden itu difahamkan berlaku di cawangan restoran di Sungai Ara Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Menerusi hantaran tersebut, apa yang mencuri perhatian adalah kenyataan dalam resit itu didakwa mengandungi ayat menghina agama Islam.

Perkara itu secara tidak langsung telah mengundang ketidak selesaaan ramai pihak khususnya masyarakat beragama Islam.

Polis sahkan terima laporan isu gambar tular resit piza mengandungi ucapan hina Islam

Terbaharu Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal memaklumkan pihaknya telah menerima laporan berhubung hantaran yang tular tersebut pada 8.46 malam, semalam (15 Mei).

“Kita ada menerima laporan mengenai gambar tular yang memaparkan satu resit tertera ucapan menghina agama Islam yang berlaku di Bayan Lepas.

“Hasil siasatan mendapati terdapat satu pesanan yang diterima semalam di aplikasi syarikat rangkaian itu yang mempunyai perkataan menghina di bahagian remark atau nota pesanan tersebut,” ujar beliau, lapor Kosmo.

Memetik Harian Metro, kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Polis dalam masa sama meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi agar tidak menjejaskan ketenteraman awam.

Resit bukan ditulis oleh juruwang

Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz telah bertemu dengan wakil pihak pengurusan di Utara negara bersama penyelia cawangan restoran terbabit semalam (15 Mei) ekoran isu yang tular itu.

Difahamkan resit tersebut bukan ditulis oleh juruwang sebaliknya dilakukan oleh ‘pihak’ yang membuat pesanan.

“Ramai yang salah faham seperti saya juga pada awalnya yang menyangkakan resit berkenaan dikeluarkan oleh juruwang.

“Sebenarnya resit yang diviralkan itu adalah resit order secara ‘online’ dan ada ruangan ‘remark’ yang disalahgunakan oleh ‘pemprovokasi’ tersebut,” jelasnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.