fbpx

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan beg sebagai pelindung dan diisi dengan barangan untuk bertempur dengan polis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (17 Mei), negara digemparkan insiden Balai Polis di Ulu Tiram, Johor diserang oleh seorang lelaki sehingga menyebabkan dua anggota polis meninggal dunia dan seorang cedera parah.

Dua anggota yang meninggal dunia tersebut dipercayai telah ditembak dan ditetak oleh suspek.

Suspek yang memakai topeng serta baju hitam dan lengkap berparang bagaimanapun berjaya ditembak mati di lokasi.

Baca artikel berkaitan: Balai Polis Ulu Tiram Diserang, 2 Anggota Maut & Seorang Cedera

Polis sahkan suspek anggota kumpulan Jemaah Islamiyah, 5 ahli keluarga suspek ditahan

Terbaharu, polis mengesahkan suspek yang terlibat dalam insiden tersebut adalah anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan lelaki yang berusia 34 tahun tersebut telah membuat persediaan untuk membuat serangan yang berlaku pada awal pagi tadi sehingga menyebakan dua anggotanya terkorban.

“Polis telah menyerbu rumah suspek dan tangkapan dibuat terhadap lima ahli keluarganya yang berusia lingkungan 15 hingga 62 tahun, dipercayai ahli serpihan Jemaah Islamiyah.

“Bapa suspek adalah ahli Jemaah Islamiyah di Ulu Tiram dan kediaman suspek juga mempunyai beberapa maklumat berkaitan JI,” ulasnya.

2 pelajar berusia 21 dan 22 ditahan selepas datang ke balai polis sebelum insiden serang berlaku

Kata Razarudin lagi, seramai dua orang pelajar berusia 21 dan 22 tahun yang hadir membuat laporan mengenai kes cabul sebelum insiden berlaku turut ditahan.

“Kejadian (kes cabul) dua tahun dahulu datang balai jam dua pagi, macam tak logik, jadi kita tangkap kedua-duanya.”

Ulasnya lagi, pihaknya telah mendapati individu yang membuat serangan tersebut telah membuat persediaan untuk menyerang balai terbabit.

“Beg yang digunakan sebagai pelindung telah diisi dengan barangan untuk bertempur dengan polis, kemungkinan dia datang untuk mendapatkan senjata api.

“Saya telah mengarahkan Cawangan Khas untuk mendapatkan semua anggota JI yang berada di Johor untuk dikenal pasti dan disiasat.

“Kita ada lebih daripada 20 anggota JI sedang disiasat,” jelasnya.

Kawalasan keselamatan akan dipertingkatkan

Menurut beliau lagi kawalan keselamatan di kawasan Balai Polis negeri berkenaan turut akan ditingkatkan.

“Kawalan di balai akan dipertingkat dan polis akan maklumkan kepada pihak Istana dan Menteri Besar kerana ia adalah tanggungjawab kami.

“Kami akan meningkatkan peronda di balai dan jika ada pencahayaan kurang di mana-mana balai ia akan dipertingkatkan,” kata beliau lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.