fbpx
Now Reading
Kemas Kini: Helikopter Terhempas, Presiden Iran & Semua Penumpang Terkorban

Kemas Kini: Helikopter Terhempas, Presiden Iran & Semua Penumpang Terkorban

Nahas helikopter itu berlaku ketika Raisi dan Amir Abdollahian dalam perjalanan pulang dari upacara pembukaan empangan berhampiran sempadan Azerbaijan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[Kemas kini:] Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Negeri, Hossein Amir Abdollahian dilaporkan meninggal dunia akibat nahas tersebut.


Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Negeri, Hossein Amir Abdollahian dilaporkan terhempas di wilayah Azerbaijan Timur pada petang semalam (19 Mei).

Susulan insiden itu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sedang melakukan operasi pencarian secara besar-besaran meskipun berhadapan dengan cuaca yang buruk serta penglihatan yang terhad di kawasan pergunungan terbabit.

Berjaya hubungi beberapa penumpang, tapi belum menemui kerana keadaan cuaca buruk

Memetik CNN, pihak tentera Iran dilaporkan berjaya menghubungi beberapa penumpang pesawat itu, namun usaha menjejaki mereka masih belum berjaya berikutan kawasan berkenaan yang berkabus dan suhu sejuk melampau.

Seorang Komander Tentera Pengawal Revolusi Islam memaklumkan bahawa mereka telah mengesan lokasi nahas selepas menerima isyarat dari helikopter dan telefon bimbit salah seorang anak kapal.

Kejadian itu berlaku ketika Raisi dan Amir Abdollahian dalam perjalanan pulang dari upacara pembukaan empangan berhampiran sempadan Azerbaijan.

Selain dua pemimpin itu, tujuh lagi penumpang merupakan imam tempatan, gabenor wilayah, kakitangan keselamatan dan kru helikopter.

Difahamkan, terdapat dua lagi helikopter yang turut mengikuti konvoi terbabit, namun berjaya pulang dengan selamat.

Radius 2 km kawasan nahas telah dikenal pasti, yakin kemalangan tidak terlalu teruk

Sementara itu, pihak berkuasa Iran telah mengenal pasti radius 2 kawasan nahas itu dan yakin bahawa kemalangan terbabit tidak terlalu serius, berdasarkan komunikasi dengan beberapa penumpang.

Menteri Kesihatan Iran, Bahram Eynollahi berkata, kemudahan perubatan juga telah disediakan berhampiran kawasan nahas itu untuk memberi rawatan kecemasan.

Negara lain seperti Iraq, Azerbaijan, Kesatuan Eropah, Turki dan Rusia turut membantu dengan menghantar peralatan dan anggota penyelamat ke lokasi kejadian.

Bulan Sabit Merah lapor sudah temui pesawat

Dalam kemas kini terbaharu, Ketua Bulan Sabit Merah Iran, Pirhossein Kolivand memaklumkan pihaknya telah menemui helikopter tersebut namun keadaannya ‘tidak baik’.

“Kami boleh melihat helikopter itu. Sekarang kami sedang bergerak ke arah helikopter,” katanya.

[Terkini] Ebrahim Raisi disahkan meninggal dunia

Terbaharu, Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Negeri, Hossein Amir Abdollahian dilaporkan meninggal dunia akibat nahas tersebut.

Menurut Sinar Harian yang memetik IRINN dan Mehr News, tiada mangsa yang terselamat ditemui di lokasi kejadian.

Memetik Reuters pula, seorang pegawai kerajaan Iran memaklumkan bahawa helikopter yang hilang itu ditemui ‘terbakar sepenuhnya’.

Memetik Al Jazeera, Naib Presiden Mohammad Mokhber akan mengambil alih pentadbiran selepas kematian Raisi.

Menurut perlembagaan Iran, dalam kes kematian atau ketidakupayaan presiden, naib presiden pertama akan mengambil alih tampuk kepimpian sehingga pilihan raya diadakan dalam tempoh 50 hari.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.