Tahniah! Malaysia Berjaya Jadi Juara Berganda Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Pingat emas dalam acara double dan regu itu adalah yang pertama buat Malaysia dalam saingan Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 2011.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Malaysia mencipta sejarah apabila skuad sepak takraw negara berjaya meraih gelaran juara berganda pada saingan Piala Dunia 2024 di Stadium Titiwangsa semalam (22 Mei).
Kemenangan pertama mula tercipta dengan skuad double negara iaitu gandingan Aidil Aiman Azwawi dan Mohd Nordin berjaya menundukkan skuad regu Thailand meskipun berhadapan jalan sukar pada set pertama.
Skuad trio lengkapkan malam gemilang dengan mengalahkan Thailand
Keunggulan itu diteruskan apabila skuad trio negara pula berjaya melengkapkan malam gemilang mereka dengan turut menjuarai saingan menerusi kemenangan ke atas Thailand pada aksi final.
Trio negara yang dibarisi Farhan Adam, Syahir Rosdi, Azlan Alias (Haziq Hairul Nizam) mempamerkan prestasi menakjubkan untuk menumpaskan skuad Gajah Putih itu.
Sorakkan peminat yang hadir jadi pembakar semangat
Dalam aksi set pertama, sorakkan para penyokong yang hadir di stadium berkenaan menjadi pembakar semangat buat skuad kebangsaan apabila berjaya mendahului Thailand dengan mata 15-8.
Skuad Thailand dilihat cuba bangkit selepas kekalahan set pertama itu dengan cuba mengheret perlawanan ke set penentuan dalam aksi kedua.
Pun begitu, kehebatan trio negara sememangnya tidak boleh disangkal lagi apabila berjaya menutup tirai perlawanan pada malam itu dengan menoktahkan kemenangan ke atas Thailand 15-12.
Untuk info, memetik Berita Harian, kali terakhir skuad sepak takraw Malaysia berjaya menumbangkan Thailand adalah pada saingan Siri Super ISTAF 2015 lalu di Melaka.
Pertama kali Malaysia raih 2 pingat emas dalam saingan Piala Dunia
Pingat emas dalam acara regu dan trio itu adalah yang pertama buat Malaysia dalam saingan Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 2011.
Dalam perlawanan semalam, turut hadir ke stadium Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri Kerjaya Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.