fbpx
Now Reading
Tular Gambar Resit Piza Hina Islam, 4 Indvidu Ditahan

Tular Gambar Resit Piza Hina Islam, 4 Indvidu Ditahan

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad keterangan lanjut merangkumi semua aspek memandangkan ia membabitkan isu sensitif.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada minggu lalu tular satu hantaran di media sosial satu resit pesanan piza yang didakwa menghina Islam di sebuah restoran terkenal di cawangan Sungai Ara Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Hantaran tular memaparkan resit piza berkenaan secara tidak langsung telah mengundang rasa kurang senang orang ramai khususnya masyarakat beragama Islam.

Polis kemudian menerima laporan berhubung isu tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Pihak berkuasa juga meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi agar tidak menjejaskan ketenteraman orang ramai.

Polis tahan 4 individu dipercayai terlibat kes resit hina agama Islam

Terbaharu, polis kemudian menahan seramai empat individu dipercayai berkait dengan kes yang menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja-raja) untuk siasatan lanjut dilakukan.

Jelas Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad empat individu yang terdiri daripada 3 lelaki dan seorang wanita itu telah ditahan di sebuah pondok tak bernombor di dusun durian, Jalan Sungai Ara, Bayan Lepas pada 16 Mei lepas.

3 supsek direman sehingga 3 Jun dan seorang lagi dibebaskan dengan jaminan polis

Kata beliau lagi tiga lelaki yang ditahan berusia 28, 19 serta 67 tahun manakala wanita terbabit berumur 28 tahun.

“Tiga suspek ditahan reman sehingga 3 Jun manakala suspek berusia 67 tahun direman sehingga 20 Mei dan dilepaskan dengan jaminan polis.

“Kita akan mengambil keterangan lanjut beberpaa lagi individu dan siasatan akan dijalankan secara menyeluruh serta merangkumi semua aspek berikutan ia melibatkan isu sensitif,” ujarnya, dipetik Sinar Harian.

Polis terima 17 laporan berhubung kes resit pesanan piza hina agama Islam

Menurutnya lagi, setakat ini polis telah menerima sebanyak 17 laporan berhubung isu terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.”

Menurut laporan Malaysia Gazette antara empat yang ditahan terdapat sepasang suami isteri yang juga warga Myanmar.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.