fbpx
Now Reading
Kenderaan Asing Dari Singapura Perlu Miliki VEP Mulai 1 Oktober 2024

Kenderaan Asing Dari Singapura Perlu Miliki VEP Mulai 1 Oktober 2024

Kenderaan yang tidak memiliki VEP sebelum atau semasa berada di Malaysia selepas tempoh tersebut dianggap telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 66H (7) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mulai 1 Oktober 2024, mana-mana kenderaan asing dari Singapura akan diwajibkan untuk mempunyai Permit Kemasukan Kenderaan Motor Asing (VEP) untuk keluar masuk negara Malaysia.

Peraturan ini ditetapkan bagi memastikan pemilik kenderan asing mematuhi segala peraturan jalan raya ketika berada di Malaysia.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke menjelaskan undang-undang ini akan dikuatkuasakan di kedua-dua pintu masuk kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor iaitu di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor dan di Bangunan Sultan Abu Bakar di Link Kedua Malaysia-Singapura.

“Sejak April 2019, Kementerian Pengangkutan melaksanakan pendaftaran VEP bagi pemilik kenderaan warga asing yang melintasi Kompleks CIQ di Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor dan Kompleks CIQ di Bangunan Sultan Abu Bakar.

“Bagi memastikan pemilik kenderaan warga asing mematuhi sepenuhnya peraturan jalan raya di Malaysia, Kementerian Pengangkutan ingin memaklumkan bahawa peraturan VEP akan dikuatkuasakan sepenuhnya bermula 1 Oktober depan,” kata Loke.

Gambar sekadar hiasan.

Boleh Didenda Atau Penjara Jika Kenderaan Asing Dari Singapura Tidak Memiliki VEP

Jelasnya lagi, kenderaan yang tidak memiliki VEP sebelum atau semasa berada di Malaysia selepas tempoh tersebut dianggap telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 66H (7) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pesalah boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan seperti termaktub dalam Seksyen 119 (2) Akta 333.

Memetik Berita Harian, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut berhak untuk melarang kenderaan asing tanpa VEP memasuki Malaysia serta menahan mereka daripada meninggalkan Malaysia sekiranya mempunyai perkara yang tidak diselesaikan di bawah Seksyen 66J Akta 333.

“Ini bermakna jika mereka melakukan kesalahan jalan raya atau mempunyai saman tertunggak, mereka perlu menyelesaikannya terlebih dahulu sebelum meninggalkan negara ini,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Warga Singapura Buat ‘Onar’ Lepas Berang Kereta Dihalang Lalu Lorong Kecemasan

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Jerkah Pasangan Guna Kereta Plat Singapura Isi Minyak RON95 [Video]

Sumber: MalayMail

Permohonan Untuk Mendapatkan VEP

VEP akan menggunakan tag RFID dengan bayaran RM10 yang mana ia sah selama tempoh lima tahun.

Pemilik VEP yang berjaya dengan permohonan mereka secara atas talian tidak perlu untuk datang ke Johor mengambil tag masing-masing kerana ia akan dihantar ke rumah.

“Semua pemilik kenderaan asing yang akan melintasi Tambak Johor dan Link Kedua Malaysia-Singapura boleh menggunakan masa yang ada sekarang sama ada untuk memperbaharui VEP yang tamat tempoh atau melengkapkan proses pendaftaran bagi mendapatkan VEP kenderaan masing-masing,” jelas Loke.

Untuk mengetahui panduan membuat permohonan VEP, boleh klik [DI SINI].

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.