fbpx
Now Reading
Polis Siasat Dakwaan Pengawal Peribadi VVIP Pukul Pemandu OKU

Polis Siasat Dakwaan Pengawal Peribadi VVIP Pukul Pemandu OKU

Menurut Pengarah JSJ, pengadu adalah seorang pemandu e-hailing bersatus orang kurang upaya (OKU).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat seorang pengiring diraja selepas didakwa menyerang seorang pemandu e-hailing di sebuah hotel di ibu negara semalam (28 Mei).

Memetik Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Shuhaily Zain berkata, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 323.

Tambah beliau lagi, pemandu e-hailing berkenaan juga merupakan orang kurang upaya (OKU).

“Kita masih menyiasat, setakat ini belum ada sebarang tangkapan. Pengadu dalam kes ini memang seorang orang kurang upaya (OKU).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya sama ada pemandu e-hailing itu masih menjalani rawatan di hospital.

Dipukul ketika tunggu penumpang di hotel lima bintang

Menurut laporan Berita Harian, pemandu e-hailing itu sebelum ini membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul seorang pengawal peribadi diraja ketika sedang menunggu penumpang di sebuah hotel lima bintang di Brickfields berdekatan KL Sentral.

Dia yang berusia berusia 46 tahun mendakwa telah ditumbuk di kepala dan diminta untuk mengalihkan kenderaannya.

Mangsa kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur sebelum membuat laporan polis.

Pengadu sudah selesaikan dengan baik

Dalam pada itu Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, pengadu berkenaan sudah pun menarik balik laporannya.

Jelas beliau dia berbuat demikian pada hari yang sama insiden tersebut berlaku.

“Pada 28/05/2024, jam lebih kurang 9.59 malam pengadu telah membuat laporan polis kedua menyatakan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik, serta tidak mahu memanjangkan kes,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.