fbpx
Now Reading
Rakyat Malaysia Paling Ramai Guna Dompet Mudah Alih Di Dunia

Rakyat Malaysia Paling Ramai Guna Dompet Mudah Alih Di Dunia

Laporan Adyen Index 2024 menunjukkan 63% rakyat Malaysia menggunakan dompet mudah alih ketika membeli-belah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kemajuan dan kecanggihan teknologi pada masa kini harus diakui banyak memudahkan kehidupan manusia.

Jika dahulu, segala pembayaran dan urusan jual beli dibuat secara fizikal menggunakan wang kertas atau syiling.

Sekarang, dengan hanya menggunakan menggunakan telefon bimbit, anda boleh buat bayaran melalui platfrom atau aplikasi seperti dompet digital dan dompet mudah alih.

Antara yang aplikasi dompet mudah alih yang paling popular dan sering menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah MAE, Grab Pay, CIMB, Touch N’ Go e-wallet dan Boost.

Malaysia Terajui Penggunaan Dompet Mudah Alih Di Dunia

Menurut platform teknologi kewangan global Adyen, Malaysia berada di tangga pertama di dunia dalam penggunaan dompet mudah alih dengan 63% rakyat negara ini menggunakan kemudahan tersebut ketika membeli-belah.

Laporan Adyen Index 2024 menunjukkan ia merupakan kadar penggunaan tertinggi di dunia meninggalkan negara lain.

Hasil tinjauan yang dibuat pada 15 Januari hingga 1 Februari yang lalu berasaskan laporan runcit daripada lebih 38,00 pembeli serta 13,000 peniaga di 26 pasaran termasuk 1,000 pengguna dan 500 perniagaan di Malaysia.

Jelas platform itu, pengguna di negara ini sedang beralih dari dompet fizikal dengan 41% kini bergantung kepada kemudahan pembayaran mudah alih seperti sentuh dan bayar.

“Pembeli Malaysia cenderung kepada kaedah pembayaran yang cepat dan mudah, merangsangkan lagi permintaan bagi pengalaman dalam kedai yang diperkemas seperti kiosk serta pembayaran satu klik,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.

Rakyat Malaysia Lebih Suka Beli-Belah Guna Media Sosial

Hasil tinjauan itu turut menunjukkan 73% rakyat Malaysia menggunakan media sosial untuk membeli belah dan kadar ini jauh lebih tinggi daripada purata global iaitu sebanyak 44%.

“Rakyat Malaysia juga membeli-belah di platform itu kira-kira enam kali sebulan,” kata Adyen.

Antara platform media sosial yang terkenal di negara ini adalah seperti Shopee, TikTok Shop dan Lazada.

Tambah Adyen lagi, golongan milenial mungkin menjadi pembeli terbesar di platform media sosial berbanding kumpulan umur yang lain dengan 80% telah membuat transaksi dalam tempoh 12 bulan lalu.

Manakala, pengguna Gen Z menunjukkan peningkatan terbesar di mana sepanjang tempoh 12 bulan yang lalu, sebanyak 17% Gen Z merupakan pembeli buat kali pertama.

Malah, berdasarkan hasil daripada tinjauan itu menunjukkan perniagaan kini sedang menyesuaikan diri dan merancang strategi agar seiring dengan pilihan pelanggan yang semakin berkembang.

“Sebanyak 73 peratus peruncit Malaysia melaporkan pertumbuhan hasil selepas terlibat dengan perdagangan sosial,” katanya.

Hasil tinjauan firma penyelidikan itu juga menunjukkan 45% pengguna akan menyatakan kesetiaan kepada peniaga yang memudahkan urusan pembelian terus melalui platform media sosial.

Pada masa yang sama, Pengurus Negara Adyen Malaysia Soon Yean Lee menjelaskan hasil penemuan ini menunjukkan rakyat Malaysia kini beralih ke pembayaran digital serta perdagangan sosial dengan pengguna Malaysia menerajui trend global dalam penggunaan dompet mudah alih.

“Untuk mengekalkan kesetiaan pelanggan dan mengekalkan daya saing, perniagaan mesti lincah dalam memenuhi keutamaan penggunaan yang berubah-ubah ini,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Pengguna Kad Visa Kini Boleh Guna Google Wallet Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Tak Ada Duit Dalam Poket? Beralih Kepada Pembayaran ‘Cashless’ Lah, Jawabnya!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.