Wanita Cerita Detik Cemas Terpelanting Selepas Motosikal Dihempap Dahan Pokok Patah
Menurut wanita berkenaan dia tidak mengalami kecederaan serius tetapi sakit di bahagian kepala dan telinga sebelah kiri alami masalah pendengaran manakala anak kecilnya luka di kepala dan muka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan insiden membabitkan pembonceng wanita bersama seorang anak kecil yang dihempap sebatang dahan pokok patah ketika melalui Jalan Seremban-Kuala Pilah di Bukit Putus, Negeri Sembilan.
Kejadian yang berlaku semalam (28 Mei) itu, telah menyebabkan wanita berkenaan tercampak ke tengah jalan bersama anak kecilnya.
Walau bagaimanapun tiada maklumat lanjut mengenai kondisi mereka selepas kejadian itu berlaku.
Baca artikel berkaitan: Wanita & Anak Kecil Tercampak Selepas Motosikal Dibonceng Dihempap Dahan Patah [Video]
Pembonceng wanita kongsi detik cemas ketika dihempap dahan pokok
Terbaharu, pembonceng wanita yang dikenali sebagai Nur Nisa Nabilah berusia 25 tahun mengesahkan dia dan anak hanya cedera ringan. Dia turut berkongsi detik cemas yang berlaku kepadanya dan keluarga sewaktu insiden tersebut berlaku.
Menurutnya insiden itu berlaku pada 3.15 petang semalam sewaktu dia bersama suami serta dua orang anak dari arah Kuala Pilah sedang dalam perjalanan ke Senawang untuk menghantar makanan.
Separuh sedar hanya tahu dihempap dahan selepas di bawa ke tepi jalan
Jelas Nisa pada awalnya dia menyangka terdapat kenderaan melanggar motosikal yang dinaiki merek sekeluarga. Namun dia menyedari telah dihempap dahan tersebut selepas dibawa ke tepi jalan.
“Pada awalnya saya menyangka motosikal yang dinaiki kami dilanggar kenderaan lain kerana ia secara tiba-tiba sahaja, malah akibat dihempap menyebabkan saya separuh sedar.
“Ketika saya diangkat untuk diletakkan di tepi jalan, barulah saya tahu yang saya dan anak bongsu terjatuh kerana dihempap dahan pokok patah,” ujarnya, lapor Harian Metro.
Alami sakit kepala dan telinga tak dengar
Menurut wanita tersebut ekoran daripada kejadian yang menimpa dia dan anak, mereka kemudian telah dibawa ke Hospital Tunku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.
Nisa dalam pada masa bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan yang serius namun memaklumkan ada mengalami rasa sakit di kepala.
Selain itu telinga di bahagian kiri juga mengalami masalah pendengaran, manakala anak kecil yang turut tercampak ketika insiden berlaku hanya alami luka pada kepala dan muka.
Sering ulang alik ke Seremban kerana jalankan perniagaan makanan kecil-kecilan
Menurutnya, dia sering berulang ke Seremban untuk menghantar pesanan dari pelanggan dan memaklumkan ia adalah pendapatan utama keluarga.
Tambah Nisa lagi, dia terpaksa membawa dua anak kecil mereka memandangkan tidak ada siapa yang menjada mereka.
“Anak bongsu saya pula hanya alami luka pada bahagian kepala dan muka. Ketika kejadian dia sedang tidur dan mujurlah kereta di tepi kami itu sempat berhenti, jika tidak lebih teruk keadaannya.
“Saya sering berulang alik ke Seremban dari Kuala Pilah untuk menghantar pesanan makanan pelanggan sebagai pendapatan utama dengan berniaga makanan secara kecil-kecilan.
“Kami berniaga sejak tiga tahun lalu, namun ini kali pertama mengalami kemalangan. Pada masa itu kami terpaksa membawa dua anak bersama kerana tiada siapa yang menjaga mereka.”
Polis sahkan terima laporan kemalangan membabitkan empat beranak
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din memaklumkan polis telah menerima laporan berhubung insiden berkenaan.
“Kes diklasifikasikan sebagai Rujuk Kepada Majistret (RKM) dan siasatan lanjut masih dijalankan,” jelasnya.