fbpx
Now Reading
Pesawat Fennec Tak Berada Pada Ketinggian & Haluan Ditetapkan Punca Nahas 2 Helikopter TLDM [Video]

Pesawat Fennec Tak Berada Pada Ketinggian & Haluan Ditetapkan Punca Nahas 2 Helikopter TLDM [Video]

Menurut Panglima Tentera Laut, dapatan itu diperoleh selepas melakukan semakan terhadap video berdurasi 7 saat tentang kedudukan tujuh helikopter yang terbabit dalam latihan tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 23 April lalu, negara dikejutkan dengan berita dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas sekali gus mengorbankan 10 anggota.

Tragedi terbabit berlaku ketika raptai Sambutan Hari Ulangtahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Selepas kemalangan dilaporkan berlaku, pihak TLDM mengeluarkan senarai nama mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut.

TLDM menubuhkan Lembaga Siasatan untuk menyiasat punca insiden.

Baca Artikel Berkaitan: Helikopter Terhempas: TLDM Umum Senarai Nama 10 Anggota Terkorban

Rumusan akhir Lembaga Siasatan berkaitan dengan nahas 2 helikopter TLDM

Terbaharu, laporan akhir Lembaga Siasatan hari ini (30 Mei) merumuskan bahawa salah satu pesawat iaitu AS 555 SN Fennec tidak berada pada haluan yang ditetapkan.

Selain itu Lembaga Siasatan turut mendapati pesawat berkenaan tidak berada pada ketinggian ditetapkan.

Dapatan diperoleh daripada semakan video berdurasi 7 saat

Memetik laporan Berita Harian, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob berkata, dapatan itu diperoleh selepas melakukan semakan terhadap video berdurasi 7 saat tentang kedudukan tujuh helikopter yang terbabit dalam latihan tersebut.

“Faktor utama mendapati pesawat Fennec tidak berada pada ketinggian dan haluan yang ditetapkan serta memasuki laluan pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM) AW139.

“Berdasarkan rakaman kedudukan semua pesawat berkenaan, dua helikopter yang terbabit dalam nahas udara berada pada haluan dan ketinggian berbeza dengan dua lagi pesawat yang berada di haluan sebelah kanan.

“Faktor sekunder mendapati Channelized attention atau tumpuan utama kru pesawat AW139 yang tertumpu ke arah pertukaran haluan telah mengehadkan reaksi mengelak pelanggaran,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: [Terkini] TLDM Sahkan 2 Helikoper Terhempas, 10 Tentera Terkorban

Baca Artikel Berkaitan: “Allahyarhamah Noorfarahimi Beritahu Ingin Naik Helikopter Sebelum Pencen TLDM” – Ibu Saudara

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.