
Kes Pemandu E-Hailing Dipukul, TMJ Arah Siasatan Menyeluruh
Menurut Tunku Mahkota Ismail, baginda sedar terdapat gerakan mengheret institusi diraja dengan insiden terbabit, namun mengaitkan tindakan anggota keselamatan luar dengan dirinya dan seluruh institusi diraja adalah tidak wajar.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada 28 Mei lalu, seorang pemandu e-hailing yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) mendakwa telah dipukul oleh seorang pengiring keselamatan kenamaan di sebuah hotel lima bintang di Brickfields berdekatan Kuala Lumpur Sentral.
Mangsa turut dilaporkan mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur sebelum bertindak membuat laporan polis.
Ekoran daripada dakwaan itu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan berhubung kes tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Walau bagaimanapun, pada hari sama pemandu yang berusia 46 tahun berkenaan telah membuat satu lagi laporan polis pada 9.59 malam.
Pemandu Grab itu memaklumkan kes sudah diselesaikan secara baik serta tidak mahu memanjangkan lagi kes terbabit.
Baca artikel berkaitan: Pemandu Grab Dakwa Dipukul Pengiring VVIP Buat Laporan Kedua, Dedah Sudah Selesai Secara Baik
Baca artikel berkaitan: Polis Siasat Dakwaan Pengawal Peribadi VVIP Pukul Pemandu OKU
TMJ gesa pihak berkuasa jalankan siasatan menyeluruh berhubung kes membabitkan pemandu e-hailing OKU
Terbaharu Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Iskandar mengesa pihak berkuasa untuk melakukan siasatan menyeluruh berhubung kes tersebut.
Malah baginda turut berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan undang-undang serta memberikan keadilan yang sewajarnya kepada pemandu terbabit.
“Merujuk kepada kejadian yang berlaku di St Regis Hotel Kuala Lumpur pada 28 Mei, saya telah dimaklumkan pada hari berikutnya dan dengan segera saya menggesa pasukan pengiring keselamatan PDRM untuk bekerjasama dengan pihat penyiasatan.
“Saya tidak membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang. Saya menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat secara menyeluruh berkaitan kejadian seorang pegawai polis pengiring yang didakwa melakukan perbuatan berbahaya.
“Saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan mengikut undang-undang dan memberi keadilan sebaiknya kepada mangsa,” titahnya dalam satu hantaran di laman X.
Sedar ada gerakan heret institusi diraja dengan kes
Baginda dalam masa sama turut meminta semua pihak untuk membenarkan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.
Titahnya lagi, baginda sedar terdapat gerakan mengheret institusi diraja dengan insiden berkenaan.
“Saya juga sedar ada gerakan mengheret institusi diraja dengan menggunakan insiden ini, tetapi mengaitkan tindakan anggota keselamatan luar dengan diri saya dan seluruh institusi diraja adalah tidak wajar,” kata baginda lagi.
Merujuk kepada kejadian yang berlaku di St Regis Hotel Kuala Lumpur pada 28 Mei 2024, saya telah dimaklumkan pada hari berikutnya dan dengan segera saya menggesa pasukan pengiring keselamatan Polis Diraja Malaysia untuk bekerjasama dengan pihak penyiasatan.
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) May 31, 2024
Saya tidak… pic.twitter.com/WHw8akC0yk