fbpx
Now Reading
Benarkan Pengguna Muat Naik Konten Dewasa, Kerajaan Nyatakan Bantahan Terhadap X – Fahmi Fadzil

Benarkan Pengguna Muat Naik Konten Dewasa, Kerajaan Nyatakan Bantahan Terhadap X – Fahmi Fadzil

Syarikat media sosial, X kini membenarkan para pengguna untuk mencipta, mengedar dan menggunakan bahan yang berkait dengan tema seksual untuk di muat naik di platform tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, platform media sosial X atau dahulu dikenali sebagai Twitter mengumumkan secara rasmi membenarkan para pengguna untuk memuat naik konten dewasa.

Difahamkan, pengguna X boleh mencipta, mengedar dan menggunakan bahan yang berkaitan dengan tema seksual selagi ia dihasilkan dan diedarkan secara persetujuan.

Dasar membenarkan penyebaran kandungan lucah itu terpakai kepada gambar sebenar dan juga imej yang dihasilkan kecerdasan buatan (AI).

Baca Artikel Berkaitan: Elon Musk Benarkan Pengguna X Muat Naik Konten Dewasa


Kebenaran Muat Naik Konten Pornografi Bercanggah Undang-undang Malaysia

Susulan pengumuman dikeluarkan oleh pihak X, pihak kerajaan hari ini (5 Jun) berkata mereka tidak akan memberi kebenaran bagi mana-mana kandungan lucah atau pornografi disebarkan di platform berkenaan.

Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kerajaan akan bersuara dan melontarkan pandangan tegas mengenai dasar Malaysia mengenai langkah X mengubah syarat dan terma yang mana membenarkan pengguna memuat naik kandungan lucah.

Sumber: Freepik

“Ini langgar undang undang, ia tidak dibenarkan jadi kita akan panjangkan pandangan tegas kerajaan, dasar negara kita kepada pihak X.

“Saya percaya pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menyuarakan ketegasan ini ketika pertemuan bersama pihak X,” ujar Fahmi.

Bukan sahaja konten berunsurkan lucah, malah kandungan negatif dalam segala platform media sosial juga tidak dibenarkan di dalam negara ini. Sebagai contoh, judi menerusi atas talian.


Sebar Kandungan Lucah Boleh Didenda RM50,000 Atau Dipenjara

Menerusi semakan kami di portal rasmi Jabatan Penerangan Malaysia, perbuatan berkongsi kandungan lucah menerusi platform media sosial merupakan satu kesalahan di bawah Sekyen 211, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika disabitkan kesalahan, individu boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Individu terlibat juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan tersebut diteruskan selepas disabit.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.