fbpx
Now Reading
Suspek Larikan Kereta Honda City Sudah Ditahan Di Bentong – Polis

Suspek Larikan Kereta Honda City Sudah Ditahan Di Bentong – Polis

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, serbuan untuk menahan lelaki berkenaan telah dilakukan jam 12.45 pagi selepas menerima laporan individu terbabit berada di sebuah rumah di kawasan Cinta Manis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular satu video memaparkan tindakan seorang lelaki yang membawa lari sebuah kereta Honda City berwarna merah di sebuah stesen minyak di Semambu, Kuantan, Pahang.

Menerusi video rakaman CCTV, sebaik melihat pemandu keluar dari kenderaan menuju ke tandas, lelaki terbabit dengan segera membuka pintu dan masuk ke dalam kereta sebelum memecut laju.

Turut kelihatan seorang wanita warga emas yang berada di tempat duduk penumpang cuba untuk keluar sewaktu kejadian namun tidak berjaya. Suspek turut didakwa menolak warga emas berkenaan keluar daripada kenderaan terbabit.

Baca artikel berkaitan: Tak Sampai Beberapa Saat! Kereta Honda City Dibawa Lari Ketika Berhenti Di Stesen Minyak Semambu, Kuantan [Video]

Baca artikel berkaitan: “Dia Jerit Suruh Diam” – Warga Emas Dedah Detik Cemas Ketika Kereta Honda City Milik Anak Dilarikan Di Stesen Minyak

Polis tahan suspek larikan kereta Honda City

Terbaharu, pihak polis telah berjaya menahan lelaki yang melarikan kereta terbabit pada awal pagi tadi (5 Jun) di Bentong, Pahang.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner, Wan Mohd Zahari Wan Busu turut mengesahkan tentang penahanan induvidu terbabit dan memaklumkan kereta Honda City yang dicuri sudah pun ditemui.

“Ya, suspek sudah ditahan di Bentong, kereta itu sudah ditemui,” katanya Harian Metro.

Suspek ada rekod lampau membabitkan kes jenayah dan dadah

Ketua Polis Pahang iaitu Datuk Seri Yahaya Othman dalam satu sidang media khas berhubung insiden tersebut pada 12 tengah hari tadi berkata suspek yang ditahan mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan narkotik serta jenayah.

Jelas beliau siasatan lanjut akan dilakukan selepas mendapat tahanan reman daripada mahkamah.

“Kita juga membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan juga di bawah Seksyen 61 atau bahan hakisan atau senjata berbahaya 1958 yang boleh dihukum penjara lima hingga 10 tahun,” katanya.

Suspek tinggal kereta di sekitar pekan Karak, sebelum ditahan polis

Menurut beliau, motosikal yang ditinggalkan oleh suspek sewaktu kejadian berlaku di stesen minyak berkenaan juga dilaporkan dicuri.

Suspek turut bertindak menukar nombor plat kenderaan kepada nombor palsu dan meninggalkan kereta terbabit di sekitar pekan Karak, Pahang.

Pada sebelah malam, suspek telah memasuki sebuah rumah di kawasan Kampung Cinta Manis yang pemiliknya difahamkan tidak mengenali suspek.

Pengadu lantas menghubungi polis sebelum serbuan dilakukan pada jam sekitar 12.45 pagi, sewaktu ditahan suspek sedang tidur di kawasan ruang tamu dalam rumah yang dihuni oleh lima sekeluarga itu.

Alatan berbahaya turut ditemukan

Pihak polis kemudiannya membuat penangkapan serta soal siasat dan berjaya mengembalikan kereta itu semula.

Katanya lagi, polis turut menemukan beberapa alatan berbahaya di dalam pegangan suspek.

“Kita telah dapat selesaikan kes yang viral baru-baru ini dengan tertangkapnya suspek.”

Beliau dalam masa sama mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang telah memberi maklumat kepada pihak berkuasa.

Video penuh sidang media di bawah:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.