fbpx
Now Reading
Ustaz Don ‘Direhatkan’ Daripada Program Salam Baitullah Di RTM – Suhaimi Sulaiman

Ustaz Don ‘Direhatkan’ Daripada Program Salam Baitullah Di RTM – Suhaimi Sulaiman

Difahamkan, Ustaz Don terpaksa direhatkan susulan satu isu pertikaian di media sosial berhubung kisah Nabi Muhammad SAW yang dikongsikan oleh beliau pada baru-baru ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Bijayid direhatkan daripada bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman menerusi ciapan di akaun X miliknya hari ini (5 Jun).

Direhatkan susulan isu pertikaian di media sosial berhubung kisah Nabi SAW

Difahamkan, Ustaz Don terpaksa direhatkan susulan satu isu pertikaian di media sosial berhubung kisah Nabi Muhammad SAW yang dikongsikan oleh beliau pada baru-baru ini.

“Untuk meredakan keadaan, saya telah meminta team saya untuk rehatkan dulu Ustaz Don dari Salam Baitullah.

“Jangan tanya apa yang saya fikir dan rasa. Terkelu,” ciapnya.

Langkah terbabit diambil selepas Ustaz Don teruk dikritik oleh beberapa pihak ekoran dakwaannya berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

Dalam satu ciapan terdahulu, Suhaimi turut menjelaskan peranaan Ustaz Don dalam program Salam Baitullah adalah sebagai pengacara dan bukan penganalisis mahupun penceramah.

Malah ketika diberi cadangan untuk menggugurkan Ustaz Don, Suhaimi berkata, adalah lebih baik untuk memberi peluang untuk seseorang memperbetulkan dirinya.

“Tak payah pakai mode ‘menghukum’. Bila tersilap kita nasihat dan bagi peluang mereka perbetulkan. Ramai sangat yang suka menghukum tapi (patutnya) melatih dan membina jarang sekali. I do both. I train & I remind them to bangun semula bila jatuh.”

Tular klip video Ustaz Don kongsi kisah mengenai cinta pertama Baginda

Sebelum ini, tular klip video Ustaz Don yang dikatakan berkongsi kisah mengenai cinta pertama Rasulullah SAW.

Ustaz Don didakwa berkata, cinta pertama Baginda ialah Ummu Hani’ Binti Abu Talib.

Foto: Facebook/Ustaz Don Daniyal

Dalam klip video sama, pendakwah selebriti berkenaan juga mendakwa bahawa Nabi SAW pernah melamar Ummu Hani’ sebanyak tiga kali.

Perkongsian tersebut bagaimanapun diragui sesetengah pihak hingga ada yang beranggapan bahawa kenyataan tersebut adalah palsu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.