fbpx

Wanita Dakwa Kaki Diseret Bas Selepas Betis Tersepit Di Pintu Tempat ‘Luggage’ Ketika Ambil Beg

Menurut wanita itu, bas tersebut mula berhenti selepas pemandunya menyedari ada sesuatu yang terkeluar dari tempat penyimpanan bagasi terbabit,

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (4 Jun), tular di media sosial kisah seorang wanita yang berdepan detik cemas selepas dipercayai terkepit pada bahagian pintu penyimpanan barang sebuah bas.

Memetik Kosmo, menerusi bebenang yang dimuat naik oleh wanita itu di akaun X miliknya, dia yang dikenali sebagai Nurul Shafiyyah mendakwa kejadian berlaku pada jam sekitar 9.30 malam, Ahad lalu (2 Jun) ketika dia baru sahaja tiba di Terminal Bas Shah Alam dari Johor Bahru.

Pintu bas tiba-tiba tertutup ketika wanita itu ambil bagasi

Menurutnya, ketika dia ingin mengambi bagasi, pintu hidraulik berkenaan secara tiba-tiba tertutup dan bas mula bergerak membuatkan separuh kakinya yang berada di luar bas terseret di atas jalan raya.

“Bayangkan lepas dia tutup pintu tu, bas terus jalan. Kaki dah tentunya terseret dekat jalan tar. Jerit minta tolong tapi tiada siapa yang mendengar.

“Cubalah bayangkan macam mana saya tersekat dekat bawah tu dengan betis tersangkut dengan pintu. Badan kat dalam, kaki di luar. Jari kaki dah bergesel dengan jalan raya,” ciapnya.

Pemandu bas berhenti selepas menyedari, segera bawa mangsa ke klinik

Menurutnya lagi, bas tersebut mula berhenti selepas beberapa minit perjalanan apabila pemandu berkenaan menyedari ada sesuatu yang terkeluar dari tempat penyimpanan bagasi terbabit.

Jelas Nurul Shafiyyah, pemandu terbabit kemudiannya turun dan menyedari wanita itu tersepit sebelum segera membawanya ke klinik untuk rawatan lanjut.

“Malam tu saya tak boleh tidur, memikirkan agaknya kalau sampai Klang dia (pemandu bas) tak perasan saya, rasanya saya ada kaki lagi ke?

“Jadi saya nak minta pendapat, boleh ke tuntut insurans atau apa-apa? Sebab pak cik saya dah bawa pergi buat laporan polis, tapi saya tak tahu lagi apa nak buat,” ciapnya lagi.

Kongsi gambar laporan polis dan bukti-bukti lain

Dalam bebenang itu, Nurul Shafiyyah turut memuat naik gambar laporan polis yang dibuatnya berserta bukti-bukti lain seperti tiket bas dan sebagainya.

Selain itu, dia turut berkongsi beberapa gambar yang memaparkan kecederaan di kaki dan lebam di bahagian betis akibat insiden berkenaan.

APAD kongsi cara buat aduan

Menerusi ciapan balas, akaun X Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) memaklumkan Nurul Syafiyyah boleh membuat aduan.

Antara cara mengemukakan aduan adalah seperti berikut:

  1. Talian Pusat Panggilan MOT: 1 800 88 7723 (Waktu Pejabat)
  2. Emel : aduan@mot.gov.my
  3. Aplikasi Whatsapp : 0192907723 (Waktu Pejabat)
  4. Borang laman web SISPAA : https://mot.spab.gov.my
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.