fbpx
Now Reading
Tular Isu Kisah Nabi, JAKIM Akan Dapatkan Penjelasan Ustaz Don

Tular Isu Kisah Nabi, JAKIM Akan Dapatkan Penjelasan Ustaz Don

Menurut Menteri Agama Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, JAKIM sebelum ini mengambil pendekatan untuk menasihati jika berlakunya sesuatu kesilapan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, pendakwah bebas Ustaz Don Daniyal Don Bijayid direhatkan daripada bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Perkara tersebut telah diumumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman menerusi satu hantaran di laman X.

Difahamkan, keputusan itu diambil susulan satu perkongsian pendakwah itu tentang ‘kisah cinta pertama Nabi Muhammad SAW’.

Baca Artikel Berkaitan: Ustaz Don ‘Direhatkan’ Daripada Program Salam Baitullah Di RTM – Suhaimi Sulaiman


JAKIM Akan Panggil Ustaz Don Untuk Adakan Perbincangan

Terkini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memanggil Ustaz Don untuk mengadakan perbincangan selain mendapatkan penjelasan mengenai isu yang hangat dibualkan oleh orang ramai itu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, beliau akan berbincang dengan Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd. Yusof sebelum mengadakan pertemuan tersebut.

“Kita dalam Islam, asas agama untuk menasihati antara satu sama lain dan JAKIM sebelum ini memang mengambil pendekatan untuk menasihati.

“Jadi, saya akan bercakap dengan Ketua Pengarah JAKIM dan bincang benda ini, ia tidak perlu serius sangat. ‘Over the table atau tea’ (secara santai), kita boleh jemput,” kata Mohd Na’im.

Sumber: Facebook Dato’ Setia Dr. Naim

Menteri Agama Nasihat Pendakwah Terlibat Untuk Rendah Diri

Dalam pada itu, Mohd Na’im turut menasihati pendakwah berkenaan untuk sentiasa merendah diri dan mengakui jika ada membuat kesilapan.

Cuma kena ada sifat rendah diri untuk terima kita silap, mengakui kesilapan tidak kira sebesar mana kita, kena ada sifat tawaduk untuk terima kesilapan dan terus pandang depan.

Mohd Na’im.

Terdahulu, tular di media sosial apabila Ustaz Don bercerita tentang Ummu Hani’ binti Abu Talib yang didakwa merupakan cinta pertama Nabi Muhammad SAW.

Dalam klip video yang sama, pendakwah berkenaan turut mendakwa bahawa Nabi SAW pernah melamar Ummu Hani’ sebanyak tiga kali.

Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Kisah Ummu Hani’ Cinta Pertama Nabi Muhammad SAW? Ini Penjelasan Pejabat Mufti WP

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.